Sejuk, Nyaman, dan kehijauan

Ini pemandangan waktu selepas hujan yg melanda negeri Terengganu hari ini, cuaca yg sangat menarik pemberian ilahi kepada sesiapa yg mahu berfikir.Nyaman dan sejuk mata memandang kehijauan. Umpama pemandangan di Tanah Tinggi Cameron atau genting highland yg berkabus. Meronda ronda jalan ni amat menyeronokan mata lebih lagi memandang pokok-pokok hijau ni boleh mengubat mata yg keletihan memandang screen monitor.


Tidak perlu kita pergi jauh untuk merasai kesejukan dan udara yg nyaman. Disini masih lagi ada keadaan seperti ini. Memandang ciptaan tuhan pun dapat ganjaran pahala. Moga kawasan ini tak akan dicemari oleh tangan-tangan manusia yg rakus memusnahkan keadaan alam semulajadi.
Disini terdapat pokok buah buahan, unggas rimba, kalau dibuat zoo ok jugak kawasan ini. Mat said tak pernah lalui kot kawasan ini. selamat le kawasan ini. tanah melayu tidak tergadai untuk dijadikan kawasan zoo.
Kalau disini ADUN BN 10 org menyembunyikan diri dari serangan assasin tentu pihak assasin tak dapat mencarinya. Line mobile pun tak ada disini, nak gunakan streamyx pun tak ada, bendolband pun tak ada yg ada hanya dial up atau radio amatur. Assasin tak mampu menghantar sms ugutan kalau mereka melalui dikawasan ini. Dan disini adalah kawasan yg paling selamat untuk para ADUN BN menyembunyikan diri. Disini tiada lagi kecangihan teknologi yg betul betul berfungsi. Tapi peliknya ADUN BN menyembunyikan diri di dalam sebatang Pokok Kelapa Sawit ditengah Bandaraya Pesisir Air dan sempat lagi mengadakan sidang akhbar. Orang yg takut kepada ugutan biasanya tak akan mendedahkan diri kepada sesiapa. Hatta pada bini sendiri. Ini pelik peliknya dunia politik terengganu. Takut di bunuh tapi bagitau kat press dimana mereka berada. tak nampak pun seekor bodyguard yg mengawal Pokok Kelapa Sawit sebatang ini.
Mereka takut pada ugutan atau hanya helah untuk ponteng dari menghadiri sidang dewan. Lebih suka bersenang lenang di dalam Hotel yg serba mewah. Kononnya bersembunyi dari assasin. Boikot sidang DUN adalah perkara yg kelakar, sia-sia, memalukan diri sendiri dan berperangai kebudak-budakan. konon minta dipujuk. Mat said tetap tidak mahu memujuk dan dengan muka tak malu terpaksa hadir kononnya atas permintaan PM dan telah dijamin keselamatan oleh Ketua Polis Negeri. PIiiiiiraaaaaaaaahhhhhhhhhhh. Merajuk pun tak ada sesiapa yg sudi memujuk. Jangan sampai Mat said menunjuk jalan keluar kepada mereka Miss soru nanti.

Ulasan