Pemilihan AGUNG Pemimpin PAS

Tahun ini adalah tahun Parti PAS melakukan pemilihan pucuk pimpinan. Samada PAS menukar pemimpin atau meneruskan tradisi lama yg dipegang erat oleh ahli-ahli Pas iaitu mengikut Syura.Sampai kehari ini telah ada 5 percalonan untuk Timbalan Presiden PAS. Satu kejutan berlaku di Bahagian Bukit Bintang mencalonkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Presiden. Bahagian Bukit Bintang ini sedar atau tidak bahawa atau masih berbintang kena katok gamaknya atau laklok bersama penghuni peribumi Bukit Bintang. Jawatan TGNA sebagai Mursidur AM PAs adalah satu jawatan yg paling tinggi dalam Hiraki PAS kalau mencalonkan TGNA sebagai calon Presiden PAS ini adalah proses undur kebelakang seperti Ketam. Berhati hatilah dalam membuat cadangan supaya tidak menimbulkan masalah kepada Parti.
Dalam PAS memang wujud demokrasi yg begitu subur, tiada sikap berpuak-puak dalam PAS samada puak erdogan ke samada yg proliberal. ini hanyalah strategi pihak musuh yg tidak suka kepada perpaduan dalam PAS. Dalam PAS walaupun berbeza pendapat dan pandangan pemimpin PAS tetap bersatu, Mengadu domba telah dilakukan oleh para penulis dalam akhbar, media elektronik dan juga para para blogger yg menerima upahan yg cukup lumayan untuk menhancurkan pas melalui tulisan mereka. Memang diakui terdapat berbeza pandangan dan ulasan dalam sesuatu isu itu tidak akan dapat memecahkan pemimpin PAS, berjuang kerana ALLAh taala.

Ulasan