Pejuang-Pejuang Yg DiLupakan

Apa khabar semua pejuang-pejuang yg berani? Dimanakah mereka sekarang? Apakah nasib mereka sekarang? Siapakah yg membela nasib mereka setelah bersama-sama berjuang dalam menegakkan keadilan. Dibelasah, ditumbuk, dihina dan dicaci oleh pihak berkuasa. Naik mahkamah, dituduh melakukan kesalahan. Bagaimanakah nasib anak-anak mereka jika meraka didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. Sumber pendapatan mereka sudahlah tidak seberapa. Anak-anak dan waris mereka perlukan makanan dan perbelanjaan sehari-hari, Wahai pemimpin-pemimpin rakyat, Janganlah hanya pandai melaungkan arahan untuk hadir ke tempat demostrasi atau tempat tunjuk perasaan, apabila mereka ditangkap oleh pihak berkuasa mereka tidak dihiraukan.Pemimpin hanya hadir sekali untuk memberi sokongan moral kepada mereka selepas kes mereka tertangguh sebulan hingga bertahun tahun pejuang-pejuang ini dilupakan
Berilah mereka sokongan walaupun kes ini dah dilupakan oleh orangramai. Jangan hadir untuk meraih populariti. Mereka perlukan sokongan, dorongan dan kata-kata pembakar semangat. Mengapa kita tak tubuhkan satu tabung untuk kegunaan kepada pejuang-pejuang samada untuk membiayai kes mahkamah atau menggunakan duit tabungan tersebut untuk keperluan mereka. Walau tak banyak yg dapat kita berikan tapi sumbangan sedikit adalah lebih bermakna kepada mereka dan menyemarakkann api semangat mereka untuk terus berjuang. Jadikan mereka ini obor cahaya perjuangan untuk keadilan rakyat tanpa mereka tak ada demostrasi jalanan, tiada himpunan bersih, tiada perhimpuan membantah PSMII, tanpa mereka tak akan sampai matlamat. Dengan duit perbelanjaan dari poket bukan ditaja atau disponsor oleh sesiapa, mereka datang dari segenap penjuru malaysia menyahut seruan pemimpin. Apa salahnya kita menghulur sedikit derma kepada mereka.
Jangan hanya pandai bercakap sahaja, untuk menang pilihanraya, untuk memerintah, membela nasib mereka adalah lebih penting dari apajua bentuk perjuangan yg ada waktu sekarang. Tidak guna kita melaungkan merubah kerajaan dari yg tidak baik kepada kerajaan berkebajikan. sedangkan sekarang ini mereka menderita tanpa kita memberikan apa yg mereka perlukan. Bantu lah mereka demi perjuangan yg suci ini. Saya menyeru kepada semua pemimpin dan juga para pejuang rakyat bantulah pejuang-pejuang ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yg baik didunia dan akhirat.AMINNNNNNNNNNNNN

Ulasan