ADUN BN Pulaukan Sidang Dewan

Jikalau diperak rakyat melihat persidangan dibawah pokok, Diterengganu pula hari ini dalam sejarah ADUN dari BN telah memulaukan Sidang DUN. Mereka lari bersembunyi di sebuah Hotel Berbentuk Pokok Kelapa Sawit yg mana jaraknya tak sampai 3 km dari wisma darul iman. Main nyorok nyorok gak adun ni, mcm perangai budak yg tak cukup akal, Dengan hanya menerima SMS bernilai 5 sen adun bn dengan pantas menyembunyikan diri macam nilung yg terjumpa org. yang menerima sms yg bernilai 5 sen tu hanya 3 org, salah seorangnya adalah penghantar memorandum kepada baginda sultan diatas perlantikan MB pada april 2008.
setelah setahun berlalu dendam masih lagi belum padam ketua balaci kepada Deris Natang telah tampil sekali lagi melakonkan dengan watak yg hampir sama cuma keadaannya tak sama dengan hal yg berlaku setahun yg lalu.
Kalau hanya 3 ADUN yg menerima sms yg berbau ugutan kenapa 7 lagi ADUN BN tak hadir sidang dewan. Mempersendakan dewan adalah satu kesalahan yang serius. Apakah langkah ini memprotes tindakan speaker Dewan yg menolak usul Undi tidak percaya kepada MB. Sempat lagi membuat sidang akhbar tapi tak datang hadir ke Sidang dewan, kelakar dan memalukan. Muka muka ADUN terengganu yg tak ubah macam balaci tidak melambang seorang educated yg dipilih oleh rakyat, dengan mendapat mandat haram sebab tu Para ADUN tak kisah hadir ke tak hadir ke sidang dewan. Bukan rakyat terengganu yg memilih mereka. Mereka tak peduli kepada rakyat asalkan poket mereka penuh dengan duit.
Apakah jasa Deris kepada mereka sampaikan mereka sanggup mederhaka kepada Sultan Terengganu yg memilih Mat Said menjadi MB Terengganu. Kalau pihak pembangkang tak ikut apa yg mereka kehendaki akan di COP Penderhaka. tapi kalu ADUN BN menghantar memorandum ke Istana apakah namanya ADUN Ni??????? Dengan gaya seorang balaci ketua penyokong kerajaan terengganu menghantar memo kepada Raja dengan kain rentang lagi. Ini tidak dinamakan derhaka kerana atas nama BN melakukannya kalau selain dari BN Derhaka le jawabnya.
esok akan berlangsung hari terakhir persidangan Dewan adakah 10 Adun BN ini akan hadir atau tidak. Adakah di Terengganu sekarang terdapat Assasin sampaikan 10 adun terpaksa berlindung di Sebatang Pokok ditengah bandar Terengganu. Bagi rakyat terengganu tindakan ADUN hanyalah politik murahan mencari publisiti setelah rakyat sedar mereka ini tidak mampu melakukan apa apa kepada ekonomi dan menjaga kebajikan masyarakat terengganu setelah zaman empayar DERIS NATANG mentankedarah Harta royalti duit rakyat terengganu. Memungah segala khazanah negeri terenggani. Ini lah wajah wajah ADUN BN Terengganu. bersengkokol dan hanya menurut perintah dan tidak pernah membantah walaupun salah. asal aku kenyang sudah. rakyat pegi mampus le sama lu.

Ulasan