10 ADUN BN SAWAN KERANA SMS 5 SEN

10 ADUN BN SAWAN KERANA SMS 5 SEN
Hari ini 14 april 2009 10 adun bn telah sawan kerana menerima ugutan melalui SMS" baik jangan teruskan YB, YB tak sayang nyawa?” 2 adun telah membuat laporan polis, mereka takut dengan ugutan itu. Kerana dalam ketakutan mereka telah mengambil keputusan menyembunyikan diri dalam sebuah hotel yg jauh terletak tak sampai 2 atau 3 km dari Wisma Darul Iman tempat berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu . Betapa bengongnya ADUN ADUN BN ini kerana hanya mendapat ugutan melalui sms meraka gagal hadir dlm sidang dewan. Yang mendapat ugutan hanyalah 3 org sahaja, so yg 7 org lagi ADun juga tak hadir dalam sidang dewan tu kes apa pulak atau hanya tumpang takut dengan sms itu atau menurut arahan dari DERIS NATANG...... Yg diugut hanyalah 3 org tapi tak hadir sidang dewan seramai 10 org.Keadaan kelakar ini telah diketuai oleh seorang ADUN yg pernah membawa memo kepada Istana untuk menghantar memo bantahan atas perlantikan MB terengganu pada waktu krisis perlantikan MB terengganu.Kalau ADUN ADUN BN ini berani, seperti dlm motto umno bersatu menentang, Keris sentiasa dijulang, penakut sangatkah mereka sampai bersembunyi dalam hotel yg berada dalam lingkungan 2 hingga 3 km dari tempat sidang dewan. Apakah terengganu sekarang tidak aman lagi hanya berbekal kan ugutan dari sms yg berharga 5 sen 10 ADUN BN telah memulaukan dewan yg mulia. Harapan pengundi mereka supaya mereka menyuarakan hak mereka dlm dewan akan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya oleh mereka. Berapa org kah dlm malaysia ni yg diugut melalui sms akan mati???. Adakah dengan bersembunyi akan selesai masalah ini atau hanya mereka ini memboikot keputusan Speaker Dewan yg menolak usul Undi Tak Percaya pada MB.Jangan kerana sms yg bernilai 5 sen, semua ADUN -ADUN tersebut menjadi ADUN 5 sen.Sudah setahun krisis ni berlangsung tak habih lagi kah rancangan jahat dari mantan MB yg telah mentankedarah duit rakyat, membina monumen yg berharga berjuta-juta ringgit, tak cukupkah lagi duit rakyat terengganu dihabiskan. Berapa banyak lagi duit rakyat harus dihabiskan untuk melampiaskan nafsu celaka mantan MB terengganu. Najib pun tak mampu mengawal mantan MB terengganu, so yg dpt mengawal dan menguis mantan MB adalah MB sekarang. Susah susah sangat mat said letak aje deris dlm Zoo bukit takal yg telah siap dipagar, Bior dia di situ mengaum bersama rimau, singa beruang. melompat bersama beruk dan siamang.Adakah keadaan yg sama akan berulang esok.Kalau susah sangat nak hadir bubar sahaja dewan bagi saja kepada org-org yg mampu dan berani menghadapi sms 5 sen. semakin sawan le ADUN-ADUN BN sekarang, ekonomi semakin teruk ADUN BN pulak main nyorok nyorok dlm Hotel Felda. Sekadar sms 5 sen bukannya dihantar peluru lagi adun bn telah bersembunyi dan sempat mengadakan sidang media, tak takutkah mereka dilempar kasut seperti yg dialami oleh Bush. Negara lain sibuk menguruskan ekonomi, negara malaysia sibuk dengan krisis politik yg tak memberi hasil kepada rakyat. Nasib engkau le rakyat terengganu kerana memilih gelombang biru sekarang kita yg tengelam dlm gelombang ciptaan deris natang. deris natang gak yg senang lenang, kita tetap merintih dan terus merintih sampai kita menutup mata

Ulasan