10 ADUN BN @ 10 BUDAK HITAM

10 budak hitam @ ADUN BN telah menghantarkan laporan mengenai ketidakbolehan MB Terengganu dalam menjalankan tugas sebagai MB Terengganu. Panglima Perang Deris, Rosol telah berjaya menyiapkan laporan kebodohan MB Terengganu untuk dihantar kepada PM dan TPM. Laporan kelemahan dan kekurangan MB terengganu sebenarnya adalah tindakan yg dilakukan oleh MB dengan mencantas dan membuang segala onak duri dalam pentadbiran yg baru. Mereka sepatutnya faham jika sesuatu MB baru dilantik, MB hendaklah mengantikan semua pegawai yg telah dilantik oleh MB lama iaitu deris. Perkara ini sepatutnya tidak menjadi perbincangan dan pendedahan. PM baru pun telah mencantas dan memadamkan apa yg dilakukan oleh PM lama.
Perkara ini amat perlu dilakukan oleh MB Baru yg dilantik. Jangan jadi seperti PAS yg mengambil alih negeri terengganu dari BN dulu, atas dasar masuk ke kota mekah semua pegawai atau kerani yg dilantik tidak ditukarkan atau dicantas. Mereka ini semua adalah duri dalam daging pentadbiran PAS sewaktu memerintah Terengganu. Pihak PAS hanya sedar diakhir pemerintahan dan tidak cukup waktu untuk counter attack.Pegawai pegawai yg telah lama di bawah regim BN telah memberi maklumat dah rahsia kerajaan PAS kepada BN. Ini memudahkan mereka merencanakan segala teknik keji dan jahat kepada kerajaan PAS. Pihak PAS dengan membuta tuli telah mengikuti apa yg dibuat oleh TSS terengganu yg merupakan talibarut kepada BN. Ini juga terjadi kepada MB Nizar di Perak, SUK telah menunjukan belang beliau yg sebenar yg mana dia adalah talibarut kepada BN, sesiapa yg memberitahu kepada BN tentang pembahagian tanah yg dilakukan oleh MB Nizar kalau tidak SUK sendiri yg juga Exco. Pada hari Nizar dihalau dari jawatan MB SUK telah menunjukan sifat beliau yg sebenar. Pesan kepada MB negeri lain seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, Buatlah pertukaran pegawai-pegawai yg memberi masalah dan letakan mereka ditempat yg tidak strategik.
Apa yg dilakukan oleh Mat said adalah sangat bertepatan dengan dasar yg tidak memberi ruang kepada pegawai yg dilantik oleh Deris. Kalau dasar ini tidak dibuat pegawai ini akan memberi rahsia pemerintahan mat said kepada deris. Kalau nampak memang kejam perbuatan mat said tetapi ini lumrah yg patut dilakukan oleh semua parti. Membuang dan mencantas pegawai yg dilantik semasa pemerintahan deris adalah wajar. Pegawai -pegawai yg dilantik oleh deris dulu pun tidak dapat menjalankan tanggungjawab seperti mana yg diamanahkan kepada mereka. Mereka hanya tau membaham dan mentankedarah harta rakyat. DR Azmi Omar pegawai eksekutif TDI hanya menjalan kerja-kerja think tank kepada MB Deris dan disamping itu tugas utama yg dilakukan adalah menjalankan perniagaan dan membolot tender-tender kerajaan yg sepatutnya diagihkan kepada rakyat tapi dibaham oleh beliau kerana kedudukan mereka yg hampir dngn mb deris.
Apa yg mereka lakukan hanyalah menyelongkor apa yg telah mereka buat semasa menjadi exco dulu skrg mat said telah menutup segala ruang dan apa saja utk membolot harta rakyat utk kekayaan diri sendiri. Mereka kenalah redha. dulu org mat said tak dapat juga masa pemerintahan deris, kalau nak buat projek sampai ditanya oleh org-org kawasan lain" KAMU ADA PASPORT BESUT" kalau ada pasport besut baru lah dpt tender. Kawasan Wisma Darul Iman dulu dikatakan semua pekerja dan pegawai telah pandai bercakap besut dankalau hadir dikantin wisma darul iman kita rasakan kita berada di jertih atau kampung raja, Dan bila mat said berkuasa inilah masanya bahagian mereka pula. Semuakan DATO' SERI GALA yg memang sentiasa lapar dengan harta dan kekuasaan.

Ulasan