sila beri penjelasan NUAR BRAHAM sebelum MASUK PENJARA

apakah nuar braham akan memberi penjelasan atau menipu seperti biasa
LANGKAH KAJANG TIDAK MENGGANTIKAN JAWATAN MB SELANGOR
AKHIRNYA AZMIN DILANTIK MENJADI MB TANPA PERLU LANGKAH KAJANG DAN PRK KAJANG
Sehingga kini tiada satu bukti pun sebagaimana yang didakwa.fitnah dan pecat dgn rakus.
petikan dati menuntut janji

Facebooker pro reformasi, Yusof Kamaruddin menuntut Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janji untuk menjelaskan kepada rakyat sebab sebenar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu disingkir.
Khalid dipecat dari PKR pada 9 Ogos menyebabkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu diganti dengan Mohamad Azmin Ali kerana beliau sudah menjadi wakil rakyat bebas.
Sebagai menjawab reaksi kemarahan rakyat, Anwar telah berjanji pada 28 September untuk menjelaskan sebab sebenar penyingkiran Khalid itu.
Namun sehingga kini, kata Yusof, Anwar gagal menunaikan janjinya itu.
“Apakah ianya dibiarkan berlalu bagitu sahaja kerana dia idola kita? Adilkah kita?,” kata Yusof.
Sementara itu facebooker R Ed Mikael pula menempelak slogan ‘Rakyat Hakim Negara’ yang digunakan oleh PKR untuk mengajak rakyat menyertai perhimpunan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 28-29 Oktober ini.
Menurutnya, rakyat tidak perlu menjadi ‘hakim’ terhadap keputusan kes liwat Anwar kerana PKR sendiri telah membuat keputusan itu.
Ia merujuk kepada kain rentang ceramah anjuran PKR Negeri Kedah berbunyi :
“Ceramah : Amanat Anwar Ibrahim sebelum ke penjara.”

Ulasan