BANGSA MELAYU BUNUH MELAYU

tidak ada bangsa seperti bangsa melayu, carilah dimana mana hujung dunia pun mesti tak terjumpa bangsa seperti kita. kita lihat sekeliling kita, siapa yang tidak mahu hudud pasti terjawab melayu, siapa yang paling keras menentang hukum islam jawabnya pasti melayu, siapa yang kondem pasal  islam pasti melayu paling lantang. yang umur kubur pun masih menentang hukum islam hatta yang bergelar cerdik pandai dalam ugama islam pun adalah melayu. siapa yang menjual agama demi sesuap nasi jawab melayu. disekeliling kita kita lihat melayu sedang membunuh melayu tanpa mereka sedari bahawa mereka juga berbangsa melayu.

dalam pentadbiran kerajaan, siapa yang menjual projek kepada bangsa asing kalau tidak melayu, siapa yang membuat kontraktor melayu mampus papa kedana jawabnya pegawai melayu. pegawai melayu yang tidak sedar diri bahawa satu masa anak anak dan cucu dia akan terpinggir dibumi sediri akibat perbuatan mereka. siapa yang menjual harga tanah dengan harga paling mahal untuk menikmati hidup tanpa perlu bersusah payah. seinci seinci dijual tanah melayu dengan berlindung disebalik kanun tanah negara. wajah wajah melayu yang ada dalam pentadbiran malaysia yang menjual seluruh bangsa melayu. menikmati sedikit komisen dari bangsa lain sudah cukup untuk pegawai pegawai pentadbiran melayu menjual bangsanya.

dalam bidang apa apa pun pegawai pegawai melayulah yang sedang meruntuhkan bangsa dia sendiri, dalam bidang pertanian, tanah tanah pertanian diberikan kepada tauke tauke cina yang mampu membuka ladang dengan jentera yang besar dan bangsa dia sendiri dihina dan dicaci. melayu hanya boleh buka ladang sebesar ibu jari kaki. dan tidak mampu bergerak sebab adanya pegawai pegawai melayu yang celaka. mana mana bangsa melayu yang sedang cuba keluar dari kepompong lama dibelasah supaya berhenti beriktiar berfikir untuk maju ke depan. inilah celakanya pegawai pegawai melayu ditanah melayu. pegawai pegawai melayu yang menerima komisen bulanan yang cukup untuk memakmurkan keluarga mereka.

lihat bagaimana pegawai pegawai melayu memberikan kontrak jutaan ringgit kepada kontraktor bukan melayu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu pun dan akhirnya di sub kan kepada bangsa melayu juga. oleh sebab kominsen yang tinggi mereka boleh membiarkan kontraktor bukan melayu terus membunuh kontraktor melayu yang sedang berjuang dibumi sendiri. mana yang boleh hulur sebatang dua kayu golf atau seset kayu golf yang mahal akan diberikan kontrak. yang mana booleh bermain golf disetiap petang bersama mereka. celakalah bangsa melayu yang menjadi pegawai kerajaan.

Ulasan