berahim ali yang bangang

nampaknya setelah gagal meraih apa apa jawatan sebagai mp setelah menipu pas waktu pru dulu akhirnya berahim ali menjadi balaci yang paling teruk. selepas musa hitam mendedahkan kisah lampau tentang memali dan musa hitam menjadi popular dengan pendedahan itu berahim ali cuba pulak mengaitkan dia dengan perhimpunan bersejarah baling. berahim ali terpaksa mencari apa saja demi untuk mencari sesuap rezeki yang masih ada. berahim ali mereka cipta perhimpunan baling yang sudah menjadi sejarah. mungkin berahim ali fikir kalau musa hitam boleh buat dia pun boleh buat jugak.

nuar berahim entah muncul dari mana sampaikan berahim ali yang sepatutnya diangkat menjadi hero baling dipinggirkan. mungkin waktu itu pencatat sejarah tersalah pilih gambar, rupa macam berahim suara macam berahim tapi nuar berahim yang dipilih menjadi hero. nama berahim tersilap semasa ditulis ada nama nuar dihadapan bukan nama berahim ali. kasihan kepada berahim sebab pencatat sejarah gagal mengenalpasti siapa yang menjadi hero pada demostrasi baling. sepatutnya berahim ali diangkat menjadi hero tapi wartawan yang telus semasa itu gagal mengenal muka berahim ali dan lebih mengenal nuar berahim. akhirnya nuar berahim diangkat menjadi hero.

kasihanilah perkasa yang sudah tak laku, nampaknya berahim kena cari ngo baru untuk mencari rezeki. kena tubuhkan perkosa ke perkuda barulah senang buat duit. umno dah tak nak layan perkasa sebab tak ada memberi erti kepada umno. undi semakin menurun sebab perkasa. perkasa kena bubar sebab dah tak laku. semakin lama perkasa hidup semakin merana berahim ali. terpaksa mereka cipta cerita apa saja demi survival politik yang  semakin gelap gelita.

Ulasan