PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

gaji minumum

Written By FZT on 22 Disember, 2012 | 11:30 PG

soal gaji minumum meresahkan kepada semua syarikat kecil kecilan. bagaimana mahu membayar gaji pekerja mereka jika dasar gaji minimum di laksanakan. dalam keadaan ekonomi yg semakin celaka apakah syarikat kecil mampu membayar dasar gaji minimum.

apakah dasar ini hanya retorik pakatan rakyat dan juga barisan nasional. apakah kerajaan mampu melaksanakan dasar ini tak kiralah kerajaan jahanam umno atau kerajaan dalam penantian pakatan rakyat. gaji minimum ini akan menyebabkan dasar syarikat akan berubah.

jika syarikat ada 10 pekerja yang dibayar gaji sebanyak 500 sebulan, bermakna syarikat akan membayar 5500 termasuk EPF dan juga sebarang insuran yang terlibat. jika dasar baru gaji minimum dilaksanakan syarikat akan menanggung 100% kenaikan gaji epf dan sebarang benda lain. dan yang menjadi persoalan sekarang apakah syarikat mampu menampung kenaikan ini.

yang terlibat dengan kenaikan ini bukan syarikat komersial. yg terlibat guru PASTI, pekerja pusat asuhan, pekerja kedai makan , kedai kain, kedai jual barangan atau apa saja. syarikat tidak akan mampu menanggung dasar gaji minimum ini. dan proses perbuangan pekerja akan bermula untuk bermula 2013.

pembuangan pekerja akan mewarnai tahun baru 2013. dasar gaji ini akan menekan semua syarikat. dan yang menerima kesan paling buruk adalah guru pasti, pekerja buruh, pekerja kedai makan. apakah nasib mereka yang dibuang kerja demi menyahut seruan kerajaan. dasar gaji minimum.

apakah tindakan dari pakatan rakyat untuk membela nasib nasib pekerja pekerja yang akan dibuang kerja demi menyahut seruan kerajaan umno. atau pakatan rakyat juga akan meneruskan dasar gaji ini. penggangguran akan meningkat dengan drastik ditahun 2013 ini.

0 comments:

Catat Ulasan