artikel berasap - mat said jangan samseng

mat said mencabar presiden pas untuk bertanding di kemaman, kalau di pekan tok guru sanggup, apa sangat dengan parlimen kemaman, mat said jangan bodoh sombong sangat, mat said jangan lupa kemaman pernah jatuh dulu, walaupun undi dari umno tak berpindah mana tapi kemaman dapat ditakluk kerana rakyat bosan dengan ketua umno terengganu sekarang.

mat said sepatutnya membaiki kedudukan dia yang semakin karam, semakin rebah dihanyut kebodohan dia sendiri. pru ke 13 adalah pru yang menyaksikan mb terengganu akan bertukar tangan. mat said jangan duk sibuk mencabar kerana diri sendiri dah ditolak oleh umno kijal dan kemaman.

nama MB terenggganu yang baru sudah banyak kali timbul di istana. nama mat said sudah dilupakan. nama manusia yang merampas takhta mb dari tangan deris jusoh, nama mat said bukan lagi nama mb terengganu yang akan datang. nama mat said akan terpahat di batu bersurat dijalan ladang saja nanti. bekas mb terengganu yang paling bangang memerintah terengganu.

semua benda yang mat said adalah menyambung aktiviti merompak harta rakyat, duit rakyat terengganu masih berada dikerajaan pusat. mat said gagal mengembalikan royalti rakyat terengganu walaupun setiap masa bercakap dengan nada angkuh dan hebat.

projek projek merompak harta rakyat terengganu akan dibentangkan apabila pru ke13 hasil karya mat said akan tersebar keseluruh terengganu. berapa banyak hasil negeri terhumban masuk ke dalam poket kroni mat said, dari projek tanaman herba, tanaman anggur masam, kenyir free tax, ternakan ikan di sungai kenyir, zoo mat said dan pelbagai kerja kerja merompak harta rakyat akan didedahkan.

dengan sumber kewangan yang semakin surut, kewangan negeri yang tunggang langgang akibat perbelanjaan yang diluar kawalan, perbendaharaan negeri kering kontang sekering kepala mat said. banyak bayaran kepada kontraktor tersangkut, bagaimana umno nak hadapi pru ke 13 tanpa dana yang mencukupi. tanpa duit jentera umno kering mampus.

Ulasan