N28 Kerdau - calonnya Tuan Ibrahim Tuan Man

kedatangan kerdau dalam persiapan merlimau begitu mengelirukan. semua pertugas sudah bersiap sedia untuk datang ke merlimau. dikejutkan dengan pengumuman spr yang mahu mengadakan kerdau serentak dengan merlimau. apakah yang menyebabkan berlakunya kejadian begini. apakah umno sudah kehabisan wang untuk berhadapan dengan pembangkang dan demi menjimatkan wang digabungkan prk. pas terpaksa membelah pertugas pertugas. bagi aku dikerdau calon utama yang sepatutnya menggalas harapan rakyat kerdau adalah tok guru tuan ibrahim.  kita hantar tok guru kita ke dewan undangan negeri pahang. dulu tok guru pernah mengegar dewan undangan pahang. pas perlu gantikan segera pengarah pilihanraya merlimau dengan segera. bagi aku yang patut diberi peluang adalah abg mat sabu kita.  dengan keupayaannya aku yakin pas mampu memberikan saingan sengit dimerlimau. dalam pas bukan jawatan yang dimahukan tetapi kepercayaan memegang amanah jemaah islam. itu yang penting.

tok guru tuan ibrahim perlu kembali ke kerdau mulai sekarang. pas pahang perlukan tok guru bersama mereka sekarang. suasana amat genting. dengan pengumuman calon merlimau belum dibuat bermakna pas perlu segera mengumumkan calon dimerlimau dan kerdau menyusul. tiada lagi masa santai untuk para pertugas pas di merlimau dan kerdau. dan jangan ada pulak mulut longkang yang mahu melobi untuk pas mengelak dari bertanding dari kerdau. selama ini pas bersikap penakut atau bacul ke. dimana tempat pun pas bertanding. yang tak suka kalah adalah syaitan sahaja. manusia beriman tak pernah ambik tahu kalah atau menang. yang penting perjuangan islam mesti diteruskan. tak makan kerana islam, biarlah hidup miskin tapi tetap dengan islam. islam mesti gemilang dimalaysia. kenapa mencari kemuliaan selain dari islam.

tok guru kita tuan ibrahim adalah calon yang paling layak memikul amanah ini. dan aku sendiri akan bertugas dikerdau. tempat belum ditetap kalau dimerlimau di pengkalan samak. samak mungkin dilupakan. merlimau terpaksa dilupakan walaupun umbai mengamit memory ikan bakar. dikerdau perjuangan pas perlu diteruskan. yang mana yang rasa takut kalah tak payah datang le kat kerdau. jangan datang walaupun sebagai pelacong politik. biarlah pertugas aje yang datang. sekadar datang untuk menambah beban pas dan pakatan rakyat baik tak payah datang. baik merapu depan komputer aje lagi baik. buat berita berita buruk dan fitnah tentang pas dan pakatan rakyat lagi baik. dari duk menambah beban kepada pertugas pas di prk ini. mana nak melayan karenah umno lagi nak melayan karenah sesama sendiri yang duk tengok ramai dari buat kerja. unit amal tak kering peluh tapi disindir, unit amal baru nak lelap mata dan dikejutkan dikatakan pemalas. nasib baik unit amal ni orang penyabar, jenis yang tak sabar mau lebam mata kena penumbuk.

Ulasan