mb umno terengganu - deris jusoh

dizaman pemerintahan dynasty deris di terengganu, banyak wang dana atau wang royalti dihabiskan oleh deris untuk projek yang sia sia. walaupun menggunakan slogan tidak pernah sebelum ini dan mencipta tamadun kejayaan yang ingin dicipta oleh mb umno hanyalah omong kosong disiang hari. disebalik projek dan idea yang diketengahkan oleh mb umno tidak lebih dan tidak kurang hanyalah untuk memenuhkan duit poket dan mengenyangkan kroni kroni. deris dengan bangganya mengumumkan projek animasi, dibawah kelolaan epic group deris mencipta D3D yang mana deris mengambil budak budak terengganu yang gagal meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi. tahun pertama pengambilan menjangkau hampir seratus orang dan dibayar elaun menggunakan duit ehsan yang dikembalikan secara mendadak kepada kerajaan negeri terengganu.

deris sempat lagi menyindir mb pas yang lama tak pandai memerintah dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak anak terengganu. diseluruh daerah deris memenuhkan projek animasi ini. tanpa pengalaman atau pengetahuan tentang animasi para pengajar dicari dan diupah oleh syarikat kroni deris. kebanyakan pensyarah yang digaji oleh kroni deris hanyalah lepasan universiti yang tiada langsung pengetahuan dalam bidang animasi. hanya beberapa kerat penganjar diimport dari luar negara. pelbagai agenda dan cara untuk membolehkan deris jusoh membaham duit dana dengan cara yang amat senang dan praktikal. gaji pensyarah yang dikatakan mencecah rm2000 sebulan hanya dibayar seribu sahaja dan syarkat mengutip seribu setiap seorang pensyarah. para pelajar diberi elaun sebanyak 500 hingga 600 ratus tapi caj yang dikenakan kepada kerajaan negeri sekali ganda dari itu. betapa untungnya projek ini. sebulan buta buta syarikat kroni deris akan membalun hampir 50 ribu.

banyak syarikat didirikan waktu itu diantaranya redang digital yang hanya tinggal nama sekarang kerana tak mampu beroperasi dengan sendiri tanpa bantuan kerajaan mat said. animasi tinggal kenangan pelajar yang belajar animasi ditinggalkan tanpa ada sebarang bantuan untuk para pelajar meneruskan pengajian dan bekerja dalam bidang animasi yang dikatakan mempunyai prospek cerah dan mempunyai kadar kekosongan kerja yang banyak. akhirnya kerajaan deris tumbang dan projek animasi ini terus menjadi beban dan gajah putih. epic ict juga berkubur tanpa nesan. banyak pusat animasi 3d telah ditutup dan barang barang yang digunakan untuk projek ini diambil balik dan sumbat kedalam stor unit pengurusan maklumat negeri terengganu.

kesannya kepada para pelajar ialah tidak mempunyai pekerjaan selepas kursus animasi dan 3d dan akhirnya menjadi penggangur kembali kerana deris tidak mempunyai perancangan jangkapanjang dan hanya untuk membelasah duit dengan cara senang dan praktikal. usaha usaha animasi kerajaan terengganu tidak diteruskan oleh mat said. mat said menutup projek deris dengan mengadakan projek baru. projek yang sama tapi diubah suai untuk kepentingan peribadi dan juga dasar yang sama iaitu membalun duit ehsan atau royalti. kroni deris kelaparan diwaktu mat said berkuasa. animasi projek dijadikan gajah putih dan sejarah oleh mat said. deris tersenyum walaupun projek ini gagal dan menghabiskan duit rakyat negeri terengganu bernilai berjuta juta ringgit malaysia..... bersambung dibahagian kedua - mb mat said

Ulasan