misi kemanusiaan ke gaza

hari ini dunia dikejutkan dengan tindakan israel membedil kapal kapal yang membawa bekalan makanan dan ubatan ke gaza. nampakanya kekejaman israel tiada tolok banding. umat manusia seluruh dunia bangkit menentang kekejaman israel tapi israel tetap angkuh dan bongkak kerana adanya syaitan besar dibelakangnya. di malaysia ada watak badut dalam nak mengajurkan demostrasi mengikut acuan jakim. boss besar jakim mahu sesiapa yang mahu menganjurkan demostrasi perlu mendapat kebenaran jakim, pihak berkuasa negeri dan juga pihak polis. nak tunjuk perasaan pun anti israel kena ambik permit dulu kalau permit tak lulus tak boleh buat demo. jakim dah semakin jakun dalam hal macam ini, kalau dah pengecut sangat janganlah buat kenyataan bangang. buat kenyataan tentang hal judi lagi baik ni senyap je.

di gaza umat islam dibedil siang dan malam oleh israel, dimalaysia umat islam dibedil oleh umno, mana ulamak yang nak kepada islam akan dibedil oleh orang islam sendiri. pemimpin islam membedil sesama sendiri, apa yang tak kena dimata dan fikiran mereka mereka akan membedil. betapa bangangnya penulis menghentam kepada pemimpin yang mahukan kepada islam tapi hanya berlaku sedikit kekeliruan dan telah dijawab tapi masih lagi mahu menghentam sesama islam. betapa jahatnya pemikiran umat islam waktu ini, umat islam merasakan hanya dialah saja memiliki kebenaran, mengamalkan politik kebangangan. kalau tak betul kena diperbetulkan dengan mata pena. dulu dengan pedang sebagaimana sahabat nak membetulkan saidina umar.

umat islam perlu bersatu. lupakan sedikit kekeliruan ciptaan musuh. rapatkan saf dan luruskan barisan untuk menghadapi musuh yang nyata. islam dah tak boleh lagi berpecah lagi. masa bertaut dah perlu. umat islam perlu kembali segera kepada islam. tidak perlu lagi kepada pemikiran yang mengikut kebodohan pemikiran. yang penting sekarang umat islam perlu bersatu, bukannya meluahkan apa yang tidak perlu sangat. menulis benda yang sama setiap hari. tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi. masa dah suntuk yahudi dah makin bergembira. umat islam makin menderita.

Ulasan