kalau banyak minum barbican mabuk tak?

nampaknya minuman barbican dijadikan sebagai alasan untuk mengalihkan isu isu kerana tulangbesi tidak mahu menampakan dirinya yang sudah seperti orangminyak yang tinggal seluar dalam akibat dilondeh oleh blogger. isu isu sudah menjadi terlampau banyak yang tulangbesi tidak mampu jawab dah berhujah, akhirnya tulangbesi mahu tidak mahu terpaksa seperti biasa merekacipta khabar angin agar kelihatan benar kepada pembaca blognya. hujah hujah tulangbesi semakin membosankan dan makin meloyakan tekak pembacanya.



pas mengalakkan ahlinya berusrah, bertamrin dan mengadakan program program percambahan minda, tapi bukannnya bertengkar kepada perkara perkara yang bangang. idea idea yang bernas selalu hadir dalam majlis ilmu kerana majlis seperti ini dirahmati allah. tapi usrah usrah barbican hanya mencambahkan fitnah kepada pas, ini tidak sepatutnya berlaku, apa yang peliknya yang menimbulkan fitnah adalah ahli ahli yang menulis borang pas untuk masuk menjadi ahli tapi akhirnya tidak membayar yuran kepada pas. jangan menyulitkan lagi pemimpin pas yang siang malam terpaksa memerah otak untuk berhadapan dengan umno dan sekutu kutunya. bila pemimpin pas gagal hadir atau terlewat hadir dalam program dijadikan agenda kononnya takut berhadapan dengan ahli pas dan yang paling jahatnya sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan berita yang tidak benar dari sumber sumber munafik.



kalau banyak meminum barbican walaupun tidak mabuk sebotol apakah kalau minum dua puluh botol akan menjadi mabuk? mungkin tulangbesi dan usrah boleh menjawabnya, setiap kali berusrah tepi longkang dan sambil layan barbican apakah bukan menambahkan kadar alcohol dalamnya. kalau ada kurang dari 2 peratus untuk sebotol kalau dah minum 10 botol dan menjadi hampir 10 peratus, apakah kandungan alcohol ini masih lagi diiktiraf tidak memabukkan? jangan jadi bodoh le tb, kalau nak reka isu pun jawab le isu isu yang dilontarkan bukannya berhujah seperti lebai malang, menang tapi kampung tergadai. nak reka boleh tapi plotnya biarlah berkembang dan tidak menampakan berimankan khabar angin.

Ulasan