bolehkan MB kedah meneruskan Pentadbiran???

walaupun gagal dijatuhkan oleh kumpulan yang mahu menggulingkan mb kedah secara mutlak gagal namun mereka berjaya menghadkan kuasa mb kedah. apakah ini corak pentadbiran yang diinginkan oleh kedah campurtangan dari pihak lain. apakah mb tidak mampu meneruskan pentadbiran dengan slogan kedah sejahtera lagi. apa perlunya jawatankuasa pemandu, apakah pas pusat lupa dengan corak pentadbiran dikelantan atau terengganu. jawatankuasa pemandu seolah olah menghina mb kedah untuk terus dominan. bila ini berlaku mb tidak lagi dominan exco akan mengambil alih kuasa itu atau jawatankuasa pemandu yang akan menentukan arah tuju pentadbiran dikedah. exco yang gila kuasa merasakan begitu hebat kerana boleh menghadkan kuasa mb kedah. mb dengan kuasa yang tidak dominan apakah akan terjadi jika ini berlaku. segala benda yang diputuskan oleh mb boleh dicabar oleh mana mana exco yang berasa tidak kena dengan kepala hotak berasap. sokongan bangang dari blogger diambil kira dalam pemerintahan.

sebanggang umno pun tidak menghadkan kuasa mb di negeri negeri yang mereka perintah. diperlis dan terengganu walaupun mb tidak diiktiraf oleh umno namun tiada penghadkan kuasa sebagaimana bodohnya pas. apakah pas melaksanakan jawatankuasa pemandu dikelantan? jawab dia tidak. tok guru nik aziz boleh membuat keputusan tanpa perlu dicabar oleh mana mana pihak. jangan pas pusat membodohkan diri melayan karenah 2 exco yang bangang itu. jika pas pusat menghadkan kuasa mb bermakna pas pusat campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri kedah. mb tetap dengan kuasa executive bukannya apa yang pas pusat buat. demi melayan nafsu gila kedua dua exco pas sanggup membuat apa saja kononnya atas dasar mengdengar pandangan dari segenap sudut. hebat sangat ke 2 exco yang boleh membuat pas pusat menyingkirkan kuasa executive mb.

pas pusat tidak sepatutnya mendengar sangat kata kata 2 exco ini, dua dua exco adalah dari kawasan kuala kedah yang mana telah membuat keputusan tidak menyokong mana mana adun menerima perlantikkan menjadi exco. apakah pas kuala kedah dan yang dipertua pas kuala kedah lupa nyanyuk kerana terlalu inginkan jawatan mb kedah menerima kembali jawatan exco kerajaan negeri. suasana kedah akan lebih kacau bilau selepas ini kerana dengan kemasukkan 2 exco yang mengkhianat ketuanya mereka sendiri. mb tidak lagi dominan dan huru hara dalam pentadbiran akan berlaku. apa yang mereka tidak puashati mereka akan memboikot sebagaimana sekarang, inikah exco yang dimahukan oleh pas pusat. menghuruharakan pentadbiran kedah. kembalikan kuasa mb kepada yang sepatutnya. bukannya mendengar kepada 2 exco yang banyak menimbulkan masalah kepada parti.walaupun apa tindakan 2 exco yang dikatakan mahu menyelamatkan parti, tindakan mereka jelas mengyusahkan semua pihak dan pentadbiran kedah pasti akan kacau bilau. mb tidak lagi berkuasa yang pasti exco akan berkuasa.

Ulasan

  1. sabar sket bang, drama belum abis lagi ni. ada beberapa ekor malaon belum besuara lg. apa pun negeri kedah adalah milik ......... pas pusat. senang keja la ameno

    BalasPadam
  2. banyak lagi belum bersuara .. tak lama lagi mesti ada lagi suara sumbang mambang yang akan mengeluarkan pendapat. kasihan kerajaan ditumbangkan oleh orang sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan