mat sabu syiah???

apakah mat sabu syiah ke. walaupun beberapa tulisan aku mengkritik keras pandangan mat sabu, tapi aku tetap mempertahankan mat sabu sebagaimana dia dalam kes khalwat dulu, aku menegur mat sabu kerana aku membesar dengan ceramahnya dan sentiasa bersama sama dengannya. dia kalah di pertandingan pun bukan kerana orang membenci beliau, salah satu andaian bahawa mat sabu kalah dengan ust nasharudin kerana orang benci mat sabu dan husam adalah salah satu  punca kekalahan mat sabu, mat sabu bukan kalah kerana husam musa masuk dan undi berpecah dua, kalau masa itu mat sabu bertanding satu lawan satu mat sabu tetap kalah. siapa yang mampu melihat lebih dalam semasa pertandingan pasti mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. suasana yang tak harmoni waktu dan serangan bangang dari puak bengong menyebabakan perwakilan memihak kepada satu pihak yang berada dalam asas yang sudah kukuh dan mampu menyelesaikan beberapa masalah dalaman yang tak didedahkan. bukan semua tulisan mampu diterjemahkan di sini dan yg pasti ramai yang tak akan mendedahkan apa sebenarnya terjadi didalam muktamar. amanah islam lebih besar dari menulis untuk kepentingan peribadi dan hanya mempopularkan diri sendiri.

kali ini mat sabu datang lagi untuk memikul amanah. dalam pas tak ramai yang sanggup memikul amanah yang besar lagi hebat ini. bercakap melalui parti islam bukan semudah yang boleh didapati dari parti lain. bercakap mesti kena dan sahih bersama alquran dan alhadith. bukan cakap pakai ikut sedap rasa je. nak cakap pakai cakap je salah ke betul ke tak tahu lagi. lepas tu bukan boleh tarik ikut sedap je. kalau salah sekali bercakap beribu orang ikut siapa nak tanggungnya. kalau ada pemimpin pas yang mendiam diri dalam membicarakan soal soal isu isu semasa pasti yg tak boleh diluah dengan segera. pas parti islam bukan parti lain. ini yg harus ditanam dalam kepala hotak dulu. mat sabu antara tokoh pidato yg terbaik pernah ada dalam saf kepimpinan pas pusat. sebut je nama mat sabu pasti orang begitu kenal dan kagum. siapa yang mengenali mat sabu dari dekat pasti mengenali siapa mat sabu. walaupun dia mengangumi kehebatan revolusi iran namun dia nak jadi syiah aku rasa orang yang menulis tentang dia adalah salah samasekali. kalu bercerita dengan mat sabu, kejayaan revolusi iran adalah satu kata kata beliau yang mana ini menjadi pembakar semangat kepada perjuang perjuang islam. 

kalau orang kata aku ni dah kembali sokong mat sabu, peduli apa aku, mat sabu dah beli ke jual aku. mat sabu nak beli orang makan pun tak cukup. kirim salam ajelah. mat sabu nak menaja syiah, itu satu lawak kangkung ditepi longkang. selagi mat sabu dalam pas, aku pasti mempertahankan dia walaupun aku cukup keras mengkritik mat sabu kebelakangan ini, aku melihat jatuh bangun mat sabu dan aku cukup kenal dia dan aku kesal kerana kebelakangan ini dia seolah digunakan oleh puak puak dajjal untuk memjatuhkan kepimpinan lain, orang pas terengganu cukup sayang kepada mat sabu dan bersama sama mat sabu mereka berjuang melawan umno disaat umno begitu gagah perkasa, pas terengganu tak pernah melupakan mat sabu walaupun orang kata pas terengganu tak calonkan mat sabu ke jawatan timb.presiden. sebab musabab biarlah pas terengganu yang telan kepahitannya. yang pasti mat sabu akan tetap dipertahankan kalau dia dia difitnah lagi. dan aku pasti mat sabu faham apa yang terjadi kerana pahit manis masam kelat semua telah dilaluinya bersama pas.

Ulasan