merlimau sudah dipastikan siapa yang akan bertarung di gelanggang. umno dan pas kembali ke tengah gelanggang. gendang perang sudah dipukul, pertugas pertugas pas sudah bersiap sedia untuk melangkah. kali ini biarlah kita melangkah sebagai satu pasukan tempur bukan satu pasukan yg hanya hebat didepan dan barai di belakang. usah bergantung kepada kelemahan musuh. kita bergantung terus kepada allah. kali ini dimerlimau munajat kepada ilahi diperlukan terus. hubungan manusia dengan pencipta hendaklah diteraskan dalam pertempuran kali ini. jika yang islam jika ada solat hajat tolonglah bersama sama. tinggalkan dulu camera, hp dan apa jua. bersatulah kita bermunajat kepada allah. hubungan kita dengan allah terlalu longgar hinggakan syaitan mampu meresap diantara jemaah. kekosongan seinci yang ditinggalkan oleh jemaah memudahkan iblis memberikan bisikan mesra. jika perhimpunan perarakan ada 5 ribu ahli, tolonglah bersama solat hajat jangan ada satu pun tertinggal bagi yang berugama islam.
kali ini kita wujud medan pertempuran baru, jangan dikisahkan sangat hal hal yang remeh temeh. kita datang untuk menyerang bukan bertahan. kita datang sebagai tentera bukan datang sebagai pemerhati bebas. tak ada bebas dalam dunia agama. yang bebas itu syaitan dan iblis. datang bantu yang mana lemah jangan nampak lemah sengaja dibiarkan untuk modal menulis. mana yang bocor tampal segera jangan bagi kapal kita karam semasa berperang. sampaikan segera apa yang perlu. 26 februari akan bermula segala galanya. bertempur di kubu lawan amat mudah, umno yang akan mempertahankan kubu mereka bukan pas. yang mempertahankan lebih payah dari yang menyerang. segala maklumat tentang umno hendaklah telus dan betul jangan pulak pakai peluru yang dibekalkan oleh musuh. musuh bekal peluru palsu tembak mana mati. yang tak berselera nak berjuang dimerlimau tolong duduk rumah jangan bising disini. kalau sempat jawab dengan mulut kita jawab dengn mulut kalau tak sempat kita pakai siku je. payah sangat bercakap pakai mulut. pakai siku senang. mudah mematikan supaya diam jangan berbunyi.
merlimau perlu dihijaukan. kalau dikelantan mereka melancarkan gelombang merah, pas lancarkan hijaukan bumi melaka yang sudah lama tandus. merlimau kita hijaukan seluruhnya dalam pru yang akan datang. pas jasin sudah bersiap sedia untuk mengatur dan mengawal segalanya. ini kawasan mereka. bertindak mengikut arahan bukannya mengikut kepala hotak masing masing. merlimau pasti dalam tangan pas jika kita terus bersatu dengan tali allah. jangan kamu berpecah belah menghadapi musuh yang satu. rapatkan saf dan luruskan barisan untuk menghadapi umno yang sudah bengkang bengkok. kalau kita rasa sakit, mereka juga akan merasai sakit dari kita. tengoklah ditenang. setiap malam berembun dan berhujan, selepas habis prk tenang, mereka pula berembun dan berair. bahkan lebih perit mereka tak dapat bekerja dan mencri nafkah sebagaimana kita berkampung untuk menjunjung dan mendaulatkan islam. beribu duit mereka habis kerana keceluparan pemimpin celaka mereka. allah dah tunjukkan bukti kenapa kita masih meraguinya. usah berduka dan bersedih jika kalah. pedih sekejap pedih mereka masih berpanjangan. jangan kita khianat kepada perjuangan islam, islam pasti menang.
Ulasan
Catat Ulasan