jom tawan merlimau

ali rostam sudah merasakan bahang prk di merlimau. suasana tidak lagi berpihak sangat kepada umno. umno seperti kapal selam buruk. boleh menyelam tapi banyak sangat bocoq. ditenang bocoq sampai semua sekali. di labis hampir habis dibaham pengundi.saluran tiga begitu mengangumkan. chua terpaku. ingatkan filem aku laku dilabis rupanya aku sendiri hampir habis kena libas, itulah hakikat yg berlaku ditenang. tapi ada manusia yang bangang menyalahkan tok guru presiden atas kekalahan ditenang. di bagan pinang aziz bari, di tenang sayuti@kambingjamnapari , mso memang hebat tapi banyak tulisannya menjerumuskan kepada kebodohan dan kebangangan dia dalam menulis. mso dikritik hebat oleh ibrahim baba yang melabelkan mso sebagai ulasan liar dan tersasar. suka menambah dari cerita asal dan meragukan kepada yg mengenali dirinya.

dimerlimau keadaan yang sama akan dilalui oleh pas, suasana hampir sama kecuali ketiadaan masyarakat felda tetapi perkampungan melayu begitu membimbangkan pakatan rakyat. tiada apa pun yang menakutkan untuk pas terus berjuang berdakwah dan memenangi kawasan dun merlimau. prk jika dikaji dengan baik akan mendatangkan kebaikan kepada pas, pas dapat mengenalkan siapa sebenar pas yang wujud bukan hanya untuk memenangi dun tetapi juga menyampaikan dakwah islam kepada masyarakat bukan islam dan juga islam. politik islam bukan setakat memenangi dun tetapi menyampaikan bagaimana politik islam ke dalam masyarakat islam yang telah dipesongkan oleh umno. selama ini pas tidak berpeluang menyampaikan dengan tepat kepada sasaran tetapi dengan adanya prk dimana mana jua akan dapat disampaikan dengan berkesan.

merlimau dijadikan saksi bahawa pas akan terus subur dibumi melaka bersejarah. dibumi ini islam didaratkan oleh pedagang, dan tidak mustahil pas juga akan mendarat dibumi melaka. penyebaran islam yang dibawa oleh pedagang juga mengambil masa untuk islam tersebar ke bumi melaka. oleh itu pas perlu bersabar dalam menyebarkan dan melebarkan pengaruh pas dibumi melaka. pas perlu hadir untuk dilihat sebagai satu parti yang boleh menggantikan umno dan barisan nasional. jika pengkritik pas mengatakan pas mendapat undi kerana kebencian pengundi kepada paklah dan menantu, pas patut bersikap lebih terbuka untuk menyebarkan pengaruhnya. terbuka tidak sampai mengadaikan prinsip perjuangan islam. dan prinsip ini tak akan gugur dari pas, jika pas gugurkan prinsip ini bermakna pas diseluruh malaysia hanya akan menjadi kenang kenangan.

bersama sama kita tawan merlimau dari umno. jangan dihiraukan sangat kepada pencacai pencacai umno dan blog yang mencari hit sahaja. pas perlu segera bertindak, sebelum 26 ini pas kawasan jasin sudah bersiap sedia menerima tetamu. penamaan dan penjumlahan undi akan dilakukan di dewan politeknik merlimau. ali rustam juga semakin getar dengan kekuatan pas, cuma yang gagal memerhati cuba masih lagi mencari kelemahan demi kelemahan yang sengaja diujudkan untuk menjatuhkan semangat pas. kehadiran pas bukan sebagaimana dikatakan menjadi penumpang. ayuh semua pertugas pertugas seluruh malaysia. datang dan berkempen disini. jika sanggup berdemo dan makan asap, minum air fru di sini keadaan amat amat berbeza. kita hanya berhadapan dengan pengundi tiada semburan gas, cuma dimalam hari berhadapan dengan agas dan nyamuk yang menggangu lena tidur. dijamin solat subuh berjemaah akan sentiasa bersama. tiada yang ketinggalan dalam solat berjemaah subuh hari. itulah yang dijanjikan disini. jom tawan merlimau. 

Ulasan