fitnah di kampung memali

Mali, Mukim Siong, Baling kedah itulah nama betul bagi kampung memali. perisiwa berdarah antara kerajaan umno dan assyahid ustaz ibrahim libya. tabung memali diwujud sebagai satu tabung untuk membela balu, anak anak yatim dan mangsa mangsa yang terlibat. tuduhan celaka nakhaie kepada pas mengenai tabung memali yang dikatakan diselewengkan telah menemui jalan noktah. tiada sesen pun wang tabung memali di selewengkan dan mana mana pengfitnah hendaklah bertaubat sebelum ajal menjemput pulang. kasihan kepada umno yang cuba menangguk diairkeruh bukan keli tanpa ikan piranna mengigit jari. fitnah ini dijaja balik oleh zainon untuk menarik minat pembaca membeli buku beliau dan kesan daripada fitnah ini buku tersebut mendapat pulangan yang baik dan berkesudahan dibalai polis.

tabung memali yang dikatakan diseleweng sudah disiasat oleh polis dan polis tak menjumpai satu sen duit yang diselewengkan. kalau ada sesen yang diselewengkan bermakna sudah lama yang terlibat dengan tabung akan diseret kemuka pengadilan. mana boleh membiarkan pihak pas menelan duit tabung memali walaupun sesen pasti dikorek dan didakwa dimahkamah. oleh sebab tidak mempunyai bukti walaupun sesen di makan oleh orang pas, polis terpaksa menamatkan siasatan dan menutup kes. ada pihak yang cuba menimbulkan kembali kisah lama yang sudah terpendam dilubuk tanah. penulis bertindak bijak sangat dalam hal ini. demi melariskan buku tulisannya dia telah meletakkan penyelewengan dalam tulisannya itu menyebabkan penulis berkata dia diserang oleh jawatankuasa keselamatan pas kedah. kasihan umno cuba mencari satu bukti bahkan memalukan diri sendiri sahaja. bangang rupanya penulis buku ini. akhirnya beliau terperangkap dengan tulisan beliau sendiri dan terpaksa mencari kambing kelabu asap untuk disembelih.

Ulasan