TRICKY LEAKS - "ma sacre toux atau massacre - tous "

bahagia gila hidup geng blogger 13 hari setelah mendapat nyawa baru, meriah dunia blog, ada sampai cium kaabah berdoa, nasib baik tak cium sesama jantan, yang melempar serangan terus senyap tidur dengan aman bahagia, sekali menulis boleh melumpuh seluruh anggota pemimpin pas. jenuh kena menjawab, aku tak ada apa apa kepentingan, perangai macam umno pun mengaku tak ada kepentingan, umno lempar fitnah lepas tu orang yang kena fitnah kena bersumpah kena menjawab kalau tak betul sila saman kalau tak saman maknanya betullah tu. bukan ke senang lempar je tuduhan lepas tu yang dituduh kenalah menjawab. bila kena fitnah dengan umno tak ada satu pun yang menjawab bagi pihak rakan rakan seperjuangan tapi kalau pasai pemimpin pas mesti hebat kalau boleh nak bogelkan dari pagi sampai ke malam. betul tak betul lain cerita. yang penting mesti hantam keroyok dulu bagi selesai baru puashati.

kalau orang lain sebut hal melayu, mesti assabiyah, kalau blogger tersohor sebut bangga jadi melayu tak apa sebab blogger maksum, blogger boleh menghidu apa saja perbuatan pemimpin pas yang nak membawa masuk pas masuk umno. berani ke penarik beca cakap yang siapa yang menjemput tok guru haji hadi dan ust nasha ke mahligai, kenapa tak berani kena menulis dibalik lalang, kenapa takut untuk mengatakan siapa yang menjemput tok guru nik aziz, siapa yang menjemput tok guru haji hadi, siapa yang menjemput ust nasharuddin, siapa yang menjemput muhyidin siapa yang menjemput najid, kenapa yb fatah tak berani nak menulis tentang siapa yang menjemput kedua dua pemimpin umno dan ketiga tiga pemimpin pas. kenapa yb fatah sanggup menulis dalam mukabuku mengatakan tok guru nik aziz diperdayakan. yb fatah tahu atau sengaja nak melaga lagakan kedua dua tok guru. apakah agenda sebenar yb fatah dalam hal ini.

mengapa masih penakut untuk kubangkan semua, apakah yang menakutkan yb fatah dalam soal perjumpaan ini, aku tiada kepentingan dalam ini, kalau tiada kepentingan buat apa menulis, apakah menulis tentang perjumpaan ini hanya mainan untuk menjatuhkan mana mana pemimpin pas yang tak disukai dan menaikkan pemimpin pas yang disukai walaupun orang lain juga tak suka kepada pemimpin yang blogger suka. ayuh kubangkan segera wahai yb fatah, sebagai orang yang berpengaruh dalam institusi pemerintahan kelantan tak akan takut menghadapi apa saja. beritahu kepada umum apa yang sudah berlaku apakah benar perjumpaan ini dibuat atas nama kerajaan perpaduaan atau hanya seronok untuk membunuh pemimpin lain. jangan jadikan orang lain kambing hitam setelah apa yang kita lakukan. jangan seronok sangat dapat berita yang belum tentu betul atau salah. kenapa yb fatah sampai ke 2 januari 2011 masih belum kubangkan maklumat pemimpin pas yang berjumpa atas nama perpaduaan melayu. jangan lari wahai yb fatah anda pemimpin yang hebat dalam menulis dalam mukabuku.

yb fatah mendapat maklumat yang tepat dari tok guru nik aziz atau hanya mendengar separuh sahaja taklimat dari tok guru selepas itu duk sibuk melayari mukabuku, dalam masa yang sama apa yang di cakapkan oleh tok guru nik aziz menjadi benda lain, pemimpin yang sibuk mengupdate mukabuku mesti tak sempat nak dengar keseluruhannya. berani ke yb fatah mengupdatekan lagi mukabuku dengan kenyataan kenyataan lain. jangan biarkan jemaah islam terus tertanya tanya akibat permainan yb fatah dan penarik beca. jangan penarik beca lari bersama yb fatah dengan membawa dalam becanya sambil update mukabuku. kenapa masih bermain main selepas jemaah dah huru hara, mana bukti yang nak dikubangkan, jangan takut jangan gentar yb fatah hanya berhadapan dengan ahli pas yang bayar yuran dan tak akan melawan dan mendengar berita ini dengan tenang. tapi jangan khianat yb fatah, apakah anda lupa apa yang pernah diajarkan. jika yb fatah nak kubangkan sila kubangkan sekarang kalau menunggu masa tak ada gunanya dah. semua dah terlambat atas nama menyelamatkan jemaah islam dan pengikut bawahan seperti mana yb fatah katakan yb fatah perlu segera berdepan dengan realiti. jangan takut, umno pasti bersama menjamin keselamatan anda.

Ulasan