TRICKY LEAKS - lintas langsung dari masjid rhusila 2

dihantar balik kerana kencing merata rata.. tak ada kena mengena dengan artikel
kesesakkan berlaku dimasjid rhusila, perjumpaan antara dukkang dengan batuapi tak menjadi kenyataan kerana sudah berlaku perlanggaran sebelum waktu. polis dan bomba dikejarkan kerana ramai pengsan kelemasan untuk menyaksikan perlanggaran tersebut. seluruh dunia wartawan dan blogger bertumpu dimasjid rhusila sekarang, wartawan malaysiasemalam masih berkampung, blogger usen tak sempat sampai kerana tertinggal ubat kencing manis, blogger pakistan juga tertinggal air barbican di tepi longkang selepas memberi kuliah fitnah kepada jemaah diharuskan, blogger tedybear baru terkejut dari tidur kerana tertidur dipawagam menyaksikan cerita sampingmalam, blogger penariktroli memilih untuk berjumpa pm kerana nak tahu apa yg dibincangkan dengan tok guru nik aziz dan tok guru haji hadi, ingin tahu apa yang dibincangkan kerana betul ke apa yang dilaporkan oleh malaysianoutsider, atau hanya makang nasik dagang. tok guru nik aziz balik awal sebab tak boleh makang ikang aya. blogger muncungmari sibuk mencari hassan ali di selangor dikatakan tak baca selawat sewaktu memberikan khutbah jumaat. blogger cium kaabah sambil berdoa melaporkan terus dari dataran lombok dan berita terkini dilaporkan dukkang pengsan dan mengigil berbuih sebab gagal menahan kencing ubat muncungmari gagal berfungsi, muncungmari gagal mengesan bahawa jemaah rhusila tak makan nasik mereka makan kepok je dengan laksam.

seluruh rhusila akan mengalami gangguan mental kerana pelanggaran ini, bangunan pas marang berhadapan dengan masjid rhusila dijadikan khemah sementara merawat ahli ahli jemaah rhusila yang terkejut dengan soalan soalan dari dukkang. sampaikan semua jemaah rhusila pengsan mendengar soalan dari presiden reform, sorang pakai handycam sorang lightning sorang tengah memasang taperecorder versi siam. 4 soalan yang dikatakan dapat menjatuhkan jubah tok guru haji hadi begitu dahsyat sebab itu blogger matadomnet tak mahu ikut serta sebab malu dengan persoalan itu. ini akan mencatat sejarah bahawa inilah soalan yang akan dikenang oleh seluruh jemaah rhusila. akhirnya jatuhlah presiden pas dengan 4 soalan dari dukkang. seluruh dunia terkejut dengan 4 soalan ini, mungkin ada yang akan datang ke nogori sembilan atau kelantan untuk belajar menjatuhkan musuh dengan 4 soalan sahaja. nujum pak belalang pun pakai 5 soalan.

debat ini akan bersambung tahun hadapan kerana 30 januari 2011 adalah hari mengundi bagi N5 dun tenang di johor. dan yang pasti pas mungkin menarik diri kerana pas sudah hilang presiden hari ini. mungkin parti likud atau presiden reform akan memberikan tugas kepada calon dari lombok untuk bertanding. yang pasti parti reform akan menang selepas ini selepas dapat menjatuhkan presiden pas. ahli ahli reform sebulat suara memecat presiden pas kerana dikatakan gagal berfungsi sebagai presiden reform. lambang parti baru adalah lambang seluar dalam bebas cukai. atau lambang cota. kedua dua logo ini akan dipertimbangkan untuk dicetak diatas kertas undi.

laporan selanjutnya akan disampaikan dari bawah pokok nyor depan masjid rhusila. bateri notebook dah makin berbunyi, hujan semakin lebat menggila. perahu dan disiapkan untuk sessi menyelamat mana mana jemaah yang terkepung dalam masjid. operasi membersihkan bau hancing akan dibuat sebelum asar. bau hancing dah merebak keseluruh kawasan rhusila. menate mano yang kencing dalam masjid ni wehhhh.. kata jemaah rhusila. kata datang dari negeri beradab dalam masjid pun kencing. apa punya bangang manusio ni.

Ulasan