Sudah hampir setahun setengah Pakatan Rakyat memerintah Negeri-Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan sekerat negeri Perak Darul DUa( serba dua macam hantaran). Pemimpin-pemimpin atasan PR terus bercakaran, mengkritik, mengali mengorek kesalahan lampau pemimpin UMNO, melondeh apa jua bentuk kesalahan yg umno telah lakukan, Biarkan umno reput dengan air liur dan menjadi sejarah kepada anak cucu kita, Agenda kepada rakyat tidak diberikan penekanan langsung oleh Pemimpin PR,
Dimana Anuar Ibrahim , mantan menteri kewangan negara malaysia. Percaturan ekonomi perlu, apakah kerajaan negeri tidak mampu memberikan impak kepada ekonomi rakyat jelata yg semakin melarat, Para blogger seronok mengkritik memaki hamun, menunjuk teror dalam membahasa teori tapi pratikalnya habuk pun tarak, Jangan jadi pak pandir menang sorak negara tergadai. Apakah Pemimpin Pr tidak mempunyai pakar-pakar ekonomi untuk menjana ekonomi negeri masing-masing yg telah diperintah oleh PR di negeri kaya seperti Di negeri Selangor dan Pulau Pinang, Apakah kedah tidak mampu untuk menjadikan negeri mereka negeri jelapang padi, gedung makanan.
Apakah tiada blogger yg mampu memberikan ilmu mereka yg mana blogger yg mencapai hit jutaan klik sehari, apakah hanya bergantung kepada iklan yg semakin menyerabut mata untuk membaca, tiadakan Pakar-pakar yg boleh melaksanakan program-program ekonomi atau hanya bergantung hidup dengan kerajaan persekutuan, Memang tidak dinafikan bahawa banyak karenah birokrasi, halangan dan sekatan telah dilakukakan oleh pihak persekutuan untuk menyekat kerajaan negeri beroperasi dengan bebas dan berupaya mentadbir lebih baik dari Kerajaan Persekutuan.
Apakah dengan menggali mengorek kesalahan UMNO masa lampau dapat mengembalikan hasil mahsyul yg telah dirompak atau hanya akan membuang masa, tenaga dan wang ringgit rakyat dalam menjalankan siasatan, Duit-duit yg sepatutnya dilaburkan untuk menjana ekonomi negeri dihabiskan untuk menjalankan siasatan kepada apakah yg dilakukan oleh Umno pada 50 tahun dahulu, apakah itu amat penting dalam menentukan kesahihan umno membaham membalun dan mengodam duit khazanah negara, "Berapa ekor pemimpin UMNO yg telah disumbat dalam penjara akibat didapati bersalah oleh Badan siasatan kerajaan Pakatan Rakyat????
Atau hanya didapati bersalah atas kertas, mana kertas tuduhan dan pendakwaan yg akan dikenakan kepada pemimpin UMNO yg didapati bersalah dalam siasatan tersebut. Kenapa Pemimpin PR tidak mengambil iktibar dari Penubuhan Suruhanjaya HISBAH di Terengganu yg mana Bekas Ketua Hakim Negara dilantik menjadi Exco dan ketua kepada suruhanjaya tersevut, sepanjang 4 tahun pemerintahan PAS di Terengganu adakah seorang pemimpin umno didakwa atau tiada seekor pun makhluk UMNO yg didakwa, pembaziran dilakukan dalam membentuk jawatankuasa tersebut, membayar gaji tapi tiada satu faedah yg dapat kepada rakyat terengganu. TIADA seekor yg di dakwa atau dihumban ke penjara, Selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman bersalah org ramai akan mengatakan mereka tidak bersalah.
Ulasan
Catat Ulasan