Berdasarkan politik semasa sekarang, media, tv dan juga blogger telah mensasarkan tembakan laser kepada Hassan Ali, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada batang tubuh pesuruhjaya Pas Selangor. Apakah hassan ali bersalah membuat teguran kepada selcat, Apaka selcat ini terlalu Adil, TELUS DAN BERINTERGRITI. kenapa setiap kali hassan ali membuat teguran akan mendapat tindakbalas dan reaksi yg amat negatif samada dari penyokong dan juga penentang pakatan rakyat, Apakah Selcat ini tiada kekurangan walaupun baru ditubuhkan dalam masa setahun. Atau selcat ini memang telah lama wujud sebelum zaman batu lagi, sampaikan teguran dari pihak hassan ali akan terus mendapat tentangan. Apakah Pesuruhjaya PAS selangor tidak berhak memberi teguran kepada selcat. Apakah apabila pemimpin PAS bersuara maka mesti tidak betul. apakah teguran itu hanya layak untuk pemimpin DAP atau PKR atau juga para blogger yg mempunyai pengikut jutaan hit setiap hari. Apakah org-org seperti ini sahaja yg boleh memberi teguran kepada PAS, kalau pemimpin PAS berbuat teguran maka teguran ini tidak betul dan salah kerana menegur. PAS mesti hanya menerima teguran dari org-org seperti org PKR, org-org DAP dan juga para-para blogger yg mempunyai pengikut diseluruh dunia. kalau blogger boleh memaki hamun kepada pemimpin PAS tidak salah kerana pemimpin PAS bersalah, semua perkara pemimpin PAS buat adalah tidak betul kerana PAS tidak layak menegur.
Maka gegak gempita blogger memaki hamun pemimpin PAS, Pemimpin DAP dan PKR terus menghentam Pemimpin PAS kerana tidak sebulu dengan mereka, PAS hanya perlu diam kalau tidak disuruh memberi komen, melontarkan idea, walaupun tidak mengikut lunas lunas islam sekalipun bercanggah dengan alquran dan hadith selagi tidak diizinkan oleh pemimpin DAP atau PKR atau blogger yg amat bagus dalam mencatur strategi politik hari ini, Pemimpin PAS perlu keluar dari kemelut ini, Bangun dengan kekuatan sendiri, berdiri dengan kaki sendiri, walaupun tidak akan memang seribu tahun lagi jangan sampai maruah islam tergadai kepada Pemimpin-pemimpin yg tidak berakal dan menjadikan akal fikiran sebagai tuhan baru. Biar lah kita tidak mempunyai kuasa dari terus bersengkokol dengan pemimpin yg lahir selepas zaman kesesusahan dalam menghadapi pilihanraya atau juga menghadapi tekanan dari UMNO.
Apakah presiden pas dan timb. presiden pas hanya layak untuk makian untuk blogger, pemimpin dap dan juga pkr, kami rakyat yg telah lama bersama pas rela Pakatan rakyat kalah dari menang kalau terus menghadapi penghinaan seperti ini. Apakah mereka ini pernah susah, pernah menerima tekanan kerana menyokong pembangkang, Blogger hanya lahir selepas zaman reformasi, mendabik dada konon mereka pejuang rakyat kerana sama-sama merasai pedih bom asap, air beracun, Apakah mereka ini pernah merasai dipulau sekampung, masalah kenduri kendara, masalah kematian, apakah hanya berhadapan dengan FRU mereka berkata mereka layak mendapat penghormatan kerana berjuang. pi mampus le hangpa semua, kamu tidak layak digelar pejuang kerana hanya melakukan demostrasi jalanan, Apakah pernah mereka duduk dalam semak mendengar amanat pemimpin dan selepas tamat ceramah mereka masuk lokap, adakah mereka pernah semua itu, Betul zaman dah berubah dunia dah maju tapi apakah kami akan lupa penganayian yg dilakukan oleh pemimpin UMNO kepada kami. dan sekarang bukan umno sahaja yg menganayian kami tapi pemimpin dari DAP dan pkr juga para blogger telah menganayaian kami. Apa guna kami kekal dalam pakatan rakyat? adakah nasib kami akan berubah? atau semakin teruk?
Ulasan
Catat Ulasan