terhangat di terengganu - en razif kekal .. berapa lama ia akan kekal ???????

jib sudah mengeluarkan kenyataan bahawa en razif kekal sebagai mb terengganu, persoalannya berapa lama en razif akan kekal sebagai mb, apakah mad said akan kekal diam membisu dan menerima pandangan jib? atau meneruskan usaha usaha menjatuhkan en. razif dari persada takhta kerajaan terengganu. kompromi apa yang di buat sehingga en razif akan kekal sebagai mb, dan tak mustahil ia kekal untuk musim ini saja atau hanya untuk beberapa bulan atau beberapa hari atau beberapa bulan? apakah ia kekal menjadi boneka jib atau hanya untuk menantinya selesai prn sarawak yang sedang hebat berlangsung sekarang, wajah sugul jib dapat dilihat apabila mengesahkan perkara itu, jib mahu menyimpan gelora untuk menghadapi prn sarawak sementara itu mengekalkan en razif di jawatan mb terengganu. semua kroni sedang menanti mb baru bukannya jib mengekalkan en razif. bagaimana en razif mempengerusikan mesyuarat exco dalam keadaan yang tidak sesuai lagi dia mengendalikan mesyuarat itu, dengan ketiadaan title menyebabkan en,razif adalah mb yang paling lekeh tanpa gelaran. dato ss, dato mad jidin dato rozi dato ku tera dan en razif, apakah tidak sumbang dimata jib????

en razif sebenar sudah bersiap sedia untuk meninggalkan jawatan tapi bertahan untuk sementara waktu demi memberikan laluan jib di sarawak dulu. kompromi tahap tertinggi diperlukan. en razif pasti akan diturunkan. kroni sudah bercakap dan puak sudah bercakap. apakah jib masih terlalu pekak untuk menerimanya, tapi sebagaimana biasa jib akan terus pekak sebagaimana biasa. jib terpaksa menggunakan seluruh jentera yang wujud dan tidak wujud demi mempertahankan kedudukannya. sarawak adalah deposit tetap untuk jib terus berkuasa dan demi memastikannnya jib mahu tenteram dan damai disarawak. mungkin akan diselesaikan selepas 7 mei. dan en razif hendaklah memperlahankan rentaknya bukannya seperti biasa yang gong dan bodoh sombong. segala benda sudah tidak kena dan en razif kena berundur walaupun jib mengesahkan ia kekal namun masa sudah tamat dan perlu ditamatkan segera. cuma permintaan jib selepas 7 mei.

Ulasan