pkr tendang pas sama macam umno tendang pas ... perangai sama

pas perlu putuskan hubungan dengan prk jugak selain dap, pkr boleh hidup dengan dap, kedua dua boleh bergabung demi menentang hukum islam di kelantan, azmin boleh meneruskan legasi nuar braham. dengan kedudukan pkr menguasai 13 kerusi bermakna selangor masih dibawah pkr walaupun hanya mempunyai 1 kelebihan bersama dap, pas hendaklah menarik semua exco dan berhenti bersama dengan pkr, biarkan pkr memerintah dengan dap, yang pasti pkr akan bertambah kuat selepas bersama dap. dengan menentang hukum islam sama dengan umno, umno pun boleh bersama dengan kerajaan baru pkr di selangor.konsensus nasional cadangan nuar braham boleh dilaksanakan di selangor. dap pkr dan umno akan membentuk kerajaan baru. kerajaan baru yang bersama sama menentang hukum islam dilaksanakan di malaysia kerana bercanggah dengan perlembagaan malaysia. kit siang dah mencadangkan dap bergabung dengan umno begitu juga pkr mencadangkan pergabungan pkr dan umno. idea dan cetusan nuar braham.

azmin nak sangat pas dihalau keluar dari pakatan rakyat, azmin sudah kukuh dalam pkr dan mampu mencorak kemana arah pkr memerintah selangor. pkr lebih kuat dengan kemasukan umno yang sama ideloginya. pkr tidak mampu memisahkan jiwa mereka dengan umno. umno dan pkr tidak ada beza, sekarang pkr akan lebih kuat dengan dap dan umno sebagai penyokong mereka. nuar braham tak lama lagi akan keluar dari penjara jika pkr setuju umno mengganggotai exco baru di selangor. perjanjian belakang mati sedang diusahakan. pas hendaklah diterajang keluar. keputusan muktamar khas perlu dibuat untuk memutuskan hubungan dengan pkr dan dap sekaligus. apakah pas tak berani nak putuskan hubungan dengan pkr, pkr hanya wujud jika kerajaan wujud jika tiada kerajaan pasti pkr akan hilang dari dunia ini.

belang pkr sudah keluar, apakah pas hanya tengok je pkr menunjukkan belang mereka yang berbelang belang. apakah pas nak tunggu pkr terus memijakkan kepala pas, apakah tak cukup lagi apa nuar brahim buat pada pas, semasa lemah datang minta pertolongan pas selepas ada kerajaan, segala apa pas kata nuar braham buat tak tahu je. langkah kajang, nuar braham tak pernah bincang apa apa dengan pas tapi bincang dengan dap, setelah temui jalan buntu baru turun ke bawah cari pas untuk selesaikan masalah. pkr dah jadi mb pkr tak perlukan pas lagi, selagi nuar braham berasal dari umno ia akan umno sampai bila bila. itu yang pasti. bila sakit susah akan minta pertolongan bila dah kuat akan ditendang sama macam umno tendang pas, sekarang pkr tendang pas, tak ke sama perangai umno. dari asal umno tak akan kembali jadi benda lain.

Ulasan