terkini diterengganu ... tok jib tak berani datang ganu

tok jib nampaknya gagal datang ke terengganu, tok jib lebih mementingkan sarawak deposit tetapnya untuk terus berkuasa dari terengganu, atau tok jib tak berani datang menyelesaikan krisis mb terengganu. nampaknya umno terus bermasalah dengan mb yang dilantik. dalam satu penggal saja mb terengganu akan bertukar lagi. 3 mb dalam satu penggal, betapa hebatnya umno memilih mbnya. apakah mb yang lama tidak perform atau ada sebab sebab lain. yang paling perform adalah menibai wang rakyat, pelbagai projek mengaruk dan projek menghabiskan wang rakyat adalah target utama. pembaziran wang rakyat adalah satu yang menjadi agenda utama. naik lagi mb baru makin banyaklah wang rakyat akan dibazirkan. perlantikan mb baru akan memakan wang jutaan ringgit malaysia, makin miskin terengganu yang sudah hampir bangkrap dengan keborosan yang melampau. dengan ketiadaan wang dalam kantung wang terengganu akan menderitakan lagi rakyat terengganu.

semalam mb masih mengadakan mesyuarat exco dalam keadaan amat sedih namun kelibat tok jib belum nampak. apakah tok jib sengaja membiarkan krisis ini berlanjutan atau jib sudah menerima isyarat bahawa dun terengganu perlu dibubarkan bukannya hanya menukar mb saja. oleh kerana jib perlukan masa atau mencari alasan untuk tidak membubarkan dun terengganu yang tengah tenat. sokongan majoriti kepada mb sudah tiada kerajaan umno tidak ada lagi. kerajaan umno terengganu hanya bersandarkan mimpi kerana sokongan mad said kepada razif sudah tiada ini bermakna kedudukan 16 16. jika mb baru dilantik razif pasti tidak akan memberikan sokongan lagi jadi dimana lagi ada majoriti tapi oleh kerana umno yang memerintah pasti di bolehkan. semua boleh.

Ulasan