PAS DIPENGKALAN KUBOR BERHADAPAN DENGAN PASMA PKR UMNO

Di PRK Pengkalan Kubor, PKR sekadar hadir untuk memerhati dan mengejek PAS. Saifuddin Nasution pula telah dikesan berkempen untuk calon BEBAS yang merupakan ahli PKR. Saifuddin mahu 'mengajar' TGHH kerana tidak menghormati Presiden PKR, Wan Azizah setelah TGHH menyatakan Wan Azizah tidak berkeupayaan menjadi Menteri Besar Selangor. Saifuddin Nasution yang pernah diberikan dulang emas oleh PAS apabila dia menjadi Ahli Parlimen Machang, tetapi tidak pernah sekali turun kawasan sepanjang tempoh dia menjadi Ahli Parlimen, mahu membalas dendam kepada PAS secara keseluruhannya kerana telah menghalau dia keluar dari Kelantan dan dia pula kalah di Kulim-Bandar Baru pada PRU13 lalu kerana pemboikotan PAS yang diketuai oleh Ustaz Hasan Razak.

PAS tidak sahaja berhadapan dengan pengkhianatan PKR di Pengkalan Kubor, tetapi juga kegiatan aktif PASMA yang melibatkan Husam Musa dan Hatta Ramli. PASMA sekalipun berpakaian seperti orang PAS, tetapi objektif mereka sangat jahat. Mereka sekarang ini dalam usaha untuk menggulingkan TGHH sekalipun jauh di Utara Semenanjung, Phahrolrazi Zawawi yang pernah tergelak besar apabila mendapat tahu Almarhum Ustaz Azizan meninggal dunia, menyatakan kononnya PASMA tidak bertujuan keluar dari PAS atau menggulingkan TGHH. Sebaliknya PASMA hanyalah NGO di dalam PAS.


orang lama berbisa .. mat sabu tunduk pada guang END
mat sabu sedang menjalankan agenda untuk melumpuhkan ulama dari dalam. upacara merasmikan markas besar pengkalan kubor adalah satu agenda mat sabu. dengan berbekalkan  modal yang disalurkan oleh dap menyebabkan mat sabu boleh bergerak bebas walaupun pernah berhutang dengan penarikbeca. mat sabu sudah hadir di johor untuk meneruskan kegiatan melobi untuk berlawan dengan presiden pada muktamar akan datang. 2015 mat sabu sudah mendapat 2 percalonan satu dari shah alam dan sepang.

Ulasan