tahaluf siasi - jangan ada menangguk diair keroh

ulama dalam pas yang membentangkan tahaluf siasi. dengan adanya tahaluf siasi membolehkan pas bekerjasama dengan dap dan pkr. hasil kajian ulama pas yang membenarkan islam bekerjasama dengan party bukan islam dan juga party separuh islam. selepas tahaluf siasi dibentangkan oleh ulama' dan bila ia diterima oleh orang ramai, ulama' pas ditendang dari berada bersama sama dalam perlaksanaan tahaluf siasi, pengkhianat pas mengambil alih peranan yang sepatutnya. pengkhianat pas cuba menjadi menjuarai isu tahaluf siasi seperti umno memotong nama pejuang pejuang yang berjuang memerdekakan tanah melayu. umno mengambil nama dari pejuang pejuang dan pejuang disepak keluar. nama pemimpin umno yang dijulang kononnya merekalah yang berjuang memerdekakan tanah malaysia bukan pejuang yang berhempas pulas.

ulama yang bentangkan kertas kerja, pengkhianat pas mengambil nama. mereka kononnya mempertahankan tahaluf siasi dan kononnya itu adalah hasil idea mereka. dan daripada tahaluf siasi ini lahirnya pengkhianat pas yang tegar. Hilang peranan ulama' yang memberikan idea dan bagaimana nak melaksanakan tahaluf siasi dan juga apa fungsi tahaluf siasi. yang peliknya bila ulama' nak mengkaji tahaluf siasi banyak pengkhianat pas marah padahal ulama' yang bentang apa pulak kes kalau mereka nak kaji sebab kertas kerja mereka yang buat. mana mana yang menyentuh kepentingan jemaah islam akan menjadi tanggungjawab mereka. jika kerjasama ini menjadi satu kelemahan pas dan memudharatkan islam pasti ulama tak akan membiarkan ia berlaku. kaji balik perlaksanaan tahaluf siasi adalah tanggungjawab ulama jika merugikan jemaah islam buat apa nak bertahaluf siasi.

pengkhianat pas akan mencari jalan untuk terus menaikkan nama mereka kononnya merekalah yang bertanggungjawab mempekenalkan tahaluf siasi dan mempertahankan tahaluf siasi. jika fungsi tahaluf siasi makin menjauhkan dan memecahbelahkan islam ulama pasti tidak akan membiarkan ia berlaku. mempertahankan tahaluf siasi lebih dari mempertahankan jemaah adalah satu benda yang salah dan silap. pengkhianat pas mengambil manafaat dari tahaluf siasi untuk mengotorkan nama jemaah islam pas. kerjasama yang bermanafaat kepada islam hendaklah diteruskan dan jika ia berlaku sebaliknya ia akan ditarik balik. INI BUKAN NAMA KHIANAT TAPI ITULAH ISLAM. ISLAM TAK BENARKAN DIKHIANATI LEBIH LAGI DARI PENGIKUTNYA SENDIRI. PENGKHIANAT PAS cuba memecah belahkan jemaah dengan berpegang kepada keputusan muktamar sedangkan kepada party mereka khianat. sebab apa sebab tak perlu wala kepada pemimpin kata blogger kurang siuman, tak wala pada pemimpin yang berpegang pada islam apa jawapanya.

Ulasan