pkr mengesahkan wajahnya yang sebenar

nuar berahim sebagai ketua umum pkr mengumumkan azizah presiden pkr sebagai mb selangor yang baru. mana mana pencacai nuar berahim bersorak gembira dengan pengumuman ini. gerakan selama ini akhirnya berjaya jugak menyingkirkan kolid berahim dari takhta mb selangor. nuar berahim sepatutnya tidak mengumumkan lagi berita ini sebelum mengadakan mesyuarat dengan wakil dalam pakatan rakyat. komen komen bodoh dari penyokong nuar berahim berlegar hebat disekitar blog. mana mana penyanjung nuar berahim akan berkata ia satu tindakan yang hebat dan mendahului zaman. menyingkirkan menteri besar bukan kerana dia tidak amanah menjalankan tanggungjawabnya tapi disingkir kerana tidak memenuhi hasrat sebilangan manusia yang sentiasa tidak puashati.

kepincangan kolid berahim cuba digunakan sepenuhnya. watak bodoh dimainkan dengan baik oleh nuar berahim. warisan darah umno masih kuat dalam jiwa nuar berahim. mana mana yang tidak mengikut kata ahli politik yang dajal akan diremovekan bersama kajang move.apakah acuan yang akan dibentuk oleh wan azizah diselangor selepas kejayaan kolid berahim yang menonjolkan diri sebagai mb yang seribu lebih baik dari bekas bekas mb umno selangor. apakah agenda yang banyak tertangguh dibawah pemerintahan kolid berahim. bagaimana mb baru pkr akan menyelesaikan agenda yang tertangguh. apakah agenda yang tertangguh yang mana tak sempat kolid berahim menghabiskan penggal ini? apakah presiden pkr dapat menyelesaikan semua agenda tertangguh dan kalau ia mampu menyelesaikan semua agenda tertangguh pasti pkr akan menang seluruh malaysia selepas ini. kajang move atau pkr akan diremovekan seluruhnya.

mungkin mb selangor yang baru dikuat dengan kuasa ampu dan bodek dari seluruh pkr akan menjadi kan mb selangor baru lebih kuat dan superpowerfull. mungkin pengetua sekolah kajangmove akan lebih dominan dalam menentukan urus tadbir selangor selepas ini. selangor dibawah presiden pkr akan lebih hebat dan akan mampu menawan putrajaya tanpa perlu berfikir apa apa lagi selepas ini. tunggu aje penggal ini habis malaysia pasti akan jatuh ke tangan pembangkang. tok jib buang mat said dengan penuh gaya bodoh diikuti dengan baik oleh kawannya nuar berahim menyingkirkan kolid berahim. mat said memang patut disingkir sebab terlalu bangang boros berbelanja harta rakyat tapi kolid berahim disingkir kerana agenda pkr tertangguh bukannya agenda rakyat tertangguh. itulah hebatnya nuar berahim.

Ulasan

  1. Macai-macai tertinggi pkr mula mengira laba yang bakal mereka perolehi selepas TS Kholid disingkirkan. Gua berani kata kantung negeri Selangor akan dipestakan oleh macai-macai tertinggi mereka kerana mata mereka sudah lama jadi biru sejak TS Kholid berjaya urus sehinggakan Selangor memiliki tunai berbilion. Gua akui Kholid ada kelemahan kerana beliau bukannya ahli politik, beliau adalah tokoh kolomerat dan beliau ditolak bukan kerana seleweng duit rakyat tetapi disebabkan macai pkr susah mendapat projek. Jangan terkejut jika lu tengok adun/mp akan memiliki banglo dan kereta besar dalam masa 3 tahun nih kerana masih ramai macai pkr masih ada sifat Umno yang sudah lama bertunjang dalam diri mereka. Tunggu dan lihat adakah mb baru lebih hebat dari TS Kholid.

    BalasPadam
  2. aku tak pedulik apa org nak kata, lepas raya nih, projek repair jalan semua aku nak hahahahahahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan