MALANG MALAYSIA BERTIMPA TIMPA

malang yang menimpa negara malaysia kali kedua dalam masa tak sampai 6 bulan. apakah bala yang menimpa negara yang dicintai ini. kehilangan MH370 terus menjadi igauan dan mimpi ngeri kepada negara. Syarikat penerbangan Malaysia MAS kehilangan penumpang dan nama baik walaupun tidak disedari. walaupun apa yang diperkatakan kredibiliti mas sudah tercemar. ini perlu diakui oleh pihak mas dan seluruh negara terpaksa bersama sama menaikkan kembali syarikat negara ini. banyak harta rakyat dihabiskan untuk menyelamatkan mas. dan apabila tragedi kedua berlaku semakin malang syarikat penerbangan malaysia. usaha usaha bukan hanya tertumpu mencari dan mendapatkan mayat bahkan lebih dari itu.

pemimpin malaysia jangan lagi buat kenyataan berdolak dalik dan lari dari memberikan kenyataan dan gambaran awal dan diselaraskan secara baik bukannya sekejap begini sekejap begitu. tidak ada kenyataan khusus dan sahih dan bersama dalam memberikan kenyataan kepada seluruh dunia bukannya perwakilan umno yang datang untuk bersuka ria bila datangnya mesyuarat agung umno dipwtc. rakyat dunia cerdik dan mampu menilai apa sebenarnya bila pemimpin malaysia bercakap dan melatah. bukan negara saja akan malu bahkan rakyat malaysia diluar negara juga di malukan.

PENGALAMAN mengendalikan kes mh370 yang hilang secara misteri dan pengumuman tergesa gesa perdana menteri terus menjadi bualan umum seluruh dunia. sikap gopoh pemimpin yang suka memberikan kenyataan tanpa berfikir panjang menyusahkan semua pihak yang terbabit. jangan ada lagi bomoh bengong yang melakukan ritual di depan public. bomoh yang menjadi sendaan seluruh dunia. apakah malaysia masih mampu menahan semua ejekan dan cemuhan akibat kebodohan ini. apakah rakyat malaysia sebegitu bodoh dan bangang melakukan aksi aksi yang tidak masuk akal. cukuplah malaysia dimalukan dengan tragedi mh370 jangan ditambahkan lagi dengan mh17. malaysia perlu berdepan dengan segala permasalahan dalam tragedi ini. malaysia perlu tegas dan berani bukannya seperti biasa. seperti JKKK yang tidak berakal seperti biasa. lupakan dulu politik dalam negara. pulihkan imej malaysia.itu yg utama.

Ulasan