Tuduhan bengong kepada jentera pas teluk intan

tohmahan dan fitnah kepada pas perak berlaku dengan baik selepas kekalahan dap semalam. bagaimana jentera pas perak tidak berfungsi dan tidak membantu jentera dap sedangkan di perak pas perak lebih dap dari dap. satu tuduhan yang tidak masuk akal bagi orang yang berakal. lihat saja blogger perak yang mempertahankan pkr dan dap, contoh contoh terbaik boleh dilihat dalam blog alkusyen. siang malam jentera blogger pas mempertahankan dap. hatta kalau karpal singh hidup pasti akan dipertahankan oleh blogger pakatan rakyat terutama hukum islam. mesti bangun punyalah menentang hukum islam. tak sesuai, suara pun macam karpal singh.

pelbagai kepayahan dan kesusahan dalam berkempen tapi siapa nak ambil peduli, siapa yang tahu kecuali yang bekerja dilapangan. yang menulis yang hanya hadir dalam demo mesti mempunyai seribu sejuta alasan dan hujahan untuk berhujah. kalau hebat sila turun ke lapangan pergi ke kawasan yang kelabu bukan hitam pekat. cuba tengok try cuba test ilmu yang ada. apakah sehebat dalam menulis atau hanya setakat sembang kosong dalam blog. menyuarakan pendapat setakat dalam blog tak membantu kempen di alam realiti. cuba pergi ke kawasan sasar tengok siapa kenyang makan maki siapa lapar dengan jerit pekik rakyat yang berkarat dengan umno.

wajah wajah yang sama turun kesetiap prk dan wajah itu jugak yang tolong mengawal kawasan. tuduhan paling bodoh adalah kepada unit amal pas, unit amal pas bukan digerakkan untuk berkempen saja tapi untuk kerja kerja kemasyarakatan yang lain. banjir terbakar semasa demo, berapa sen kita sumbang derma kepada unit amal dalam masa sebulan seminggu sehari setahun. mereka nak makan pun kena kerja apakah yang dilakukan oleh blogger hebat yang mengkritik dengan hebat tanpa perlu penat jerih pasukan kempen yang serba kekurangan berlawanan dengan  blogger yang hanya mengadap komputer dan tidur dibilik kipas angin dan boleh menikmati tidur yang lena sampai pagi.

mengawal emosi dalam menangani sifat sifat kebinatangan pasukan lawan, yang menyakitkan hati perasaan dan juga badan. setakat mana sabar yang boleh. bukan setakat berkempen tapi menghabiskan segala duit kudrat masa dan tenaga yang ada tapi kritikan macam anjing sentiasa menyalak tak kira tuan. salakan kuat terus berlaku tapi tak menyumbang apa apa kepada kejatuhan umno setakat menulis dalam blog. ini boleh dilakukan tapi ada diri sendiri turun ke lapang sasar? ada sanggup terjun ke dalam api yang marak ? hanya yang segelintir yang sanggup selain menulis dan bercakap besar. itu yang ramai. jahanamlah lu orang

Ulasan