MH370 apa kesudahannya tragedi ini

nampaknya jacc dah mengesahkan minyak 2 liter yang ditemui dalam lautan hindi bukannya datang dari minyak kapalterbang mh370. apa lagi yang nak dibohongi nak dikelentong rakyat seluruh dunia. mh370 mengakhiri perjalanan di selatan lautan hindi. APAKAH IA TERHEMPAS, jawab syamudin pm tak kata ia terhempas di lautan, ia mengakhiri perjalanan saja. pelbagai teori pelbagai andaian pelbagai spekulasi pelbagai tohmahan bangang dan pelbagai peralatan canggih digunakan untuk mengesan mh360 itu namun masih gagal ditemui walaupun sebatang gigi krew atau penumpang kapal terbang itu.

memalukan negara
malaysia masih melayan masyarakat antarabangsa sebagaimana melayan party pembangkang, negara luar semakin meluat dan benci kepada negara malaysia, mp mp bengong umno berbangga sangat tentang kebijaksanaan pm dan menteri pengangkutan dengan penyertaan pelbagai negara dalam usaha usaha mencari dan menyelamat. pencacai balaci umno terus bising kononnya malaysia mempunyai pemimpin hebat tapi bengong. malaysia telus, tapi apa yang tinggal sekarang dimata dunia, imej malaysia sudah tahap masuk longkang walaupun belum masuk loji najis.

pencarian mh370 adalah mencari hantu, tiada apa yang ada diselatan lautan hindi, isyarat palsu kotak hitam dimain kan, dan lagu didendangkan supaya masyarakat dunia terpegun kehebatan teknology dalam mengesan bunyi yang sebenarnya tiada pun. imej satelit disiarkan kononnya objek mirip mh370 tapi hilang dalam proses mencari. ada isyarat lama lama hilang, ada imej lama lama hilang, apa lagi nak diberitahu kepada dunia. lepas data satelit menunjukkan berakhir diselatan lautan hindi, ada imej satelit lepas tu ada isyarat ping seleps tu ada minyak dijumpai. semuanya akhirnya disahkan penipu saja.

Ulasan