Mb terengganu akan bertukar????

angin semakin kencang bertiup, mb mat said akan ditukarkan, oleh kerana banyak kepincangan dan janji janji lama yang dimenterai maka sudah sampai masanya untuk berundur, jika cara baik tidak dapat dituruti bermakna adalah undi tidak percaya akan berlaku dalam dewan undangan negeri terengganu. apakah nasib mat said masih berada dalam GOOD LUCK atau BAD LUCK, setelah menerajui satu penggal menjadi mb terengganu, maka mat said perlu follow the order, mat said bukan lah orang yang sepatutnya naik menjadi mb diterengganu, tetapi kekecohan yang berlaku pada 2008 menyebabkan mat said naik cokeng ke atas. dan dalam masa 6 bulan pertama mat said berjaya menongkah arus.

derhakanya deris jusoh menyebabkan bintang mat said tiba tiba bersinar terang, mat said berjaya mendaki jawatan tertinggi dalam pentadbiran terengganu. berbekalkan semangat gedebenya ia terpaksa berlembut dengan pembangkang kerana talian hayatnya berada disitu, apabila sudah kuat ia menjadi semakin gedebe kembali, wajah wajah mat said berubah 360 darjah seperti yang diduga. ramai rakyat terengganu tertanya mengapa mat said berlembut dengan pembangkang, sampaikan dewan negeri boleh digunakan oleh pembangkang untuk tujuan parti pembangkang. banyak benda yang menyebabkan rakyat terengganu terpegun dengan pendekatan bebeza mat said dengan pemimpin umno lain terhadap pembangkang.

setelah tamat penggal 2008-2013, mat said memilih sendiri pasukan penyokongnya, dan dilihat ia langkah untuk menyelamatkan dia dari dijatuhkan lagi dan sentiasa terkejut beruk jika ada sidang dewan, berita berita undi tidak percaya terus bertiup kencang, dan usahanya sudah ada cuma terhenti bila ada kuasa lain campur tangan. dan diwaktu itu diadakan perjanjian belakang, tapi sampai sekarang perjanjian itu tidak dihormati oleh mat said. dan sekarang ura ura semakin menjadi nyata kembali, musuh mat said berusaha keras untuk menyepak mat said ke bawah. nama nama sudah ada dalam senarai dan apakah mat said akan menyerah kalah sebgitu mudah atau DUN terengganu akan dibubarkan?? mat said bukan panglima kalau menyerah kalah semudah itu.

Ulasan