Mat said bengong akan dibuang

nampaknya mat said akan dibuang, mat said tengah berjuang habis habisan supaya dikekalkan sampai ke akhir penggal, sebab tu mat said tak mahu menjawab dan tidak memberi sebarang komen dalam pertanyaan wartawan. tak mahu komen sebab tak mahu melayan tulisan khabar angin dari blog dan fb, sebab tu mat said dah tutup facebook. mat said bila masanya dia buka facebook, mat said orang yang paling anti kepada kemajuan teknology. mana mana teknology yang masuk ke poket baru dia berminat. sampaikan ebook dengan notebook pun mat said tak tahu nak beza. selepas menghabiskan beratus juta projek ebook, mat said memasuki era baru pulak, memasang smartboard pula sedang dijalankan diseluruh terengganu

khabar angin ke surat khabar ke adalah berita panas yang sedang panas dalam wisma darul iman, mat said tengah mencari perlindungan untuk memastikan dia terus kekal berkuasa dalam kerajaan negeri terengganu. setelah merompak dengan rakusnya selama sepenggal menjadi mb dan masuk penggal kedua mat said lebih ganas. projek projek gajah putih mat said akan terus berkembang jika terus dibiarkan. usaha usaha berterusan dari puak puak penentang umno terengganu kepada mat said semakin jelas dan nyata. keadaan ini menakutkan mat said. setelah ia sombong dengan pihak pembangkang bila dia merasa dia kuat. walaupun speaker dewan dikatakan orang mat said namun ia boleh bertukar wajah bila bila masa itu yg akan menakutkan mat said.

nama nama bakal mb sudah diramal dan ada yang sudah berkira kira nak mengambil alih jawatan mb terengganu. dan paling menakutkan mat said adalah pembuangan akan dilakukan dalam keadaan tidak sedar. dulu mat said boleh bergantungg pada kuasa lain untuk menahan asakan menggila dari puak penentangnya tapi sekarang kuasa itu tidak lagi mahu bersama mat said lagi. mat said bersendirian dalam melawan kuasa kuasa yang mahu dia meletakkan jawatan mb terengganu. mat said perlu kuat waktu ini walaupun bersendirian melawan arus yang makin menggila.

Ulasan