malaysian idiot

teringat lagu kumpulan greenday, american idiot, sekarang ni menular ke malaysia bercambah dengan pesatnya malaysian idiot, dont want to be an malaysian idiot. one nation controlled by the media, kalau ikut case mh370 kita diperbodohkan oleh media asing. janganlah kita jadi malaysian idiot ikut acuan umno. semakin hari semakin idiot kita sekarang, diperbodohkan dimainkan oleh media malaysia. apakah kita hanya akan terus dibuai dengan rancangan lawak sepanjang masa sepanjang ketika, dunia sekeliling kita dibiarkan berlalu tanpa perasaan, apa yang terjadi kepada umat islam diseluruh dunia. kita masih bergelak ketawa dengan lawak lawak yang dihidangkan oleh media.

dalam proses pencarian dan menyelamat MH370 KITA DIPERBODOHKAN SEMENJAK AWAL lagi, isyarat dan imej palsu diberikan kepada kerajaan malaysia atau hanya untuk rakyat malaysia saja. objek objek yang dikatakan sebesar 24 meter terus hilang bila pasukan mencari hampir ke tempat itu, data immarsat sebuah syarikat swasta berpengkalan di europe memberikan data tapi tidak mengesahkan apa apa dan malaysia menjadi idiot kerana mengesahkan pesawat malang mh370 mengakhiri perjalanan di lautan hindi.  banyak benda di idiot kan kerajaan malaysia kepada rakyat malaysia. apa sebenar yang terjadi tidak diperjelaskan secara telus dan tepat.

yang terbaru isyarat ping, jika banyak ping dikesan apakah banyak sangat kotak hitam berada dalam lautan hindi, atau hanya isyarat palsu juga dipancarkan oleh sesuatu. penemuan terbaru demi penemuan terbaru akan menyelesaikan masalah kehilangan mh370, ia tetap misteri sampai hari ini, apa benda dicari tak diketahui dimana tempatnya, apakah ia berakhir disempadan malaysia vietnam seperti mana isyarat terakhir dipancarkan oleh pesawat, tapi kenapa di situ tidak dicari secara besar besaran hanya melepaskan batuk ditangga. apakah malaysia akan terus idiot

Ulasan