Isu Saman Terhadap Presiden PAS

Saya berpendapat ada beberapa perkara yang perlu dinilai semula oleh orang ramai berkaitan isu saman Presiden PAS oleh bekas calon PKR Samsul Mohd Amin yang telah berpanjangan dan masih belum ada penyelesaiannya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah satu ketika dulu memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia telah berbincang dengan keluarga Samsul dan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah ini. Bukan itu sahaja, bahkan ianya juga dimaklumkan oleh Pengerusi PKR Negeri Terengganu Saudara Azan Ismail bahawa hal ini telah hampir kepada penyelesaiannya. Namun begitu ketika saman ini dimulakan, tiada pula kedengaran bantahan daripada pimpinan PKR Pusat dan negeri.
Dan sehingga kini saman tetap berjalan dengan pihak Presiden PAS sedang berusaha membalas semula perintah penghakiman ingkar yang dikenakan ke atas Presiden PAS.
Kenapa ramai pimpinan PKR dan PAS sendiri menilai tentg kes FITNAH LIWAT II yang dikira sebagai konspirasi umno utk menjatuh imej DSAI dan menamatkan peranan politik beliau sehingga mula digerakkan reformasi 2.0 ? Kenapa isu saman terhadap Presiden PAS tidak dianggap sebagai golonhan tertentu untuk menjatuhkan imej Presiden PAS sehingga BN mengambil kesempatan untuk membentuk persepsi dlm akhbar dengan tuduhan jahat terhadap Presiden PAS ?. Kenapa ramai pimpinan PR dan PAS mengganggap isu sebagai isu peribadi bukan isu konspirasi dan niat jahat untuk memburukkan Presiden PAS ?
Pada 30 Mac lalu, perbicaraan telah ditangguhkan kepada 14 April ini atas dasar pihak Samsul dikatakan telah mendapati ada penemuan baru dalam kes ini. Ini melanjutkan lagi persoalan kepada kita dengan “jaminan” daripada “sahabat” kita PKR bahawa kes ini akan ditarik dan sudah hampir kepada pengakhirannya.
Agak menghairankan juga apabila kandungan sedutan ucapan Presiden PAS di Kampung Tebakang Bukit Payong itu, yang tidak pernah menyebut secara khusus siapa yang dikatakan sebagai calon yang bermasalah itu. Seharusnya tiada pihak yang terasa ianya ditujukan keatasnya.
Akhirnya saya berpendapat kes ini tiada lain hanyalah satu kaedah yang digunakan bagi menjatuhkan imej Presiden PAS serta parti secara keseluruhannya dan ini bukan isu peribadi, kerana akhbar-akhbar mula menyebarkan berita dengan memberi gambaran seolah-olah Presiden PAS telahpun didapati bersalah dalam kes ini. Kita tidak runsing dengan keengganan pihak Shamsul menarik kembali saman itu tetapi berita yang diwar-warkan sebelum ini berkenaan mahu menarik kembali saman oleh pimpinan PKR samada dari negeri ataupun pusat, hanya terdengar sebelum pilihanraya kecil Kajang dan kembali sunyi selepas itu. Kenapa penipuan ini didiamkan oleh seluruh pimpinan PR ??
**** NARAZA MUDA adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun

Ulasan

  1. Apakah kes presiden PAS sama atau semacam dengan kes DSAI saya bukan nak menyebelahi sesiapa tapi cuba kita nilai dan teliti fakta kes yang didakwa oleh pengadu,nampak sangat kita hendak membela sesaorang yang dengan nyata dan jelas mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap sesaorang yang telah pun memberi tolak ansur untuk memohon maaf,tapi adakah yang membuat fitnah itu ada ambil peduli untuk berbuat demikian,apakah presiden ini berasa dirinya hebat untuk tidak memohon maaf pada orang yang rendah taraf kedudukannya berbanding dengan beliau sebagai seorang presiden party,fikirlah sebagai seorang muslim yang berjuang untuk kebajikan semua bukan untuk pentingkan sesaorang.

    BalasPadam
  2. jgn ulang jawapan yg sama suruh mohon maaf ( nampak sgt akai tu tak panjang), jika presiden pas tak mengeluarkan statement begitu, maka rakyat akan dapat wakil yg merosakkan rakyat dgn juai pil kuda dan dadah2 lain dan dlm masa yg sama dibayar elauan lagi setelah dapat duit juai pil kuda.

    BalasPadam
  3. tak payah fikir sangat sebab kalau cerdik tahu je dimana benda yg boleh dicari betul atau korner, kalau nak menyebelahi apa pulak nak takut tulis ajelah. free country freeman, kita bebas keluarkan aapa saja pendapat, ayat yang tak menyebelahi mana mana nampak sangat bodoh, tak payah lah tulis ayat klise macam tu, kenapa hanya seorang saja yang saman kenapa yang lain tak saman, apakah yg lain bersalah, soalan tu tanya nuar berahim pun boleh, semasa nuar berahim jadi timb perdana menteri ada dia mintak maaf kepada orang yang dia aniyai semasa dalam umno, walaupun dah terang nyata tapi tak ada orang ungkit pun sebab apa sebab tak ada saman kot, jumpa dimahkamah tak payah nak cari popular kononnya sudah selesaikan kes tapi masih diteruskan, ini lidah bewak ke lidah apa, nak saman teruskan aje buat apa kata nak selesai, apakah jatuh maruah seorang ketua umum, adun baandar memohon maaf jika tak boleh nak kawal ahli yang dibawah. perjuangan selepas di buang bukan kerana nak berjuang demi rakyat, kalau tak dibuang mana mungkin keluar umno, itupun ditendang keluar, fikir dengan hati yang tenang, aku tak menyebelahi mana mana HAHHAHAHHAHAAAA

    BalasPadam
  4. Gua baru pulih dari kemalangan hampir 2 bulan dan gua nak tumpang sekaki. Siapa makan cili dia yang merasa pedasnya.
    Bro.... tolong tulis sikit pasal tarif elektrik yang mengila babi dan haram jadah pasal gua baru buka komputer.. Gua biasa guna RM170, bulan dua kena RM220 gua tak bising pasal gua rasa jenis pakai agak pasal bila sampai bil gua tengok meter menunjukkan lebih bayar dan gua pasti bulan 3 sekurang-kurangnya bayar dalam RM130 tapi gua terkejut kena RM340. Ni yang buat gua nak maki hamun TNB/Umno celaka nak mampus BR1M punya pasal gua yang kena bayar.

    BalasPadam
  5. semoga cepat sembuh bro, gua rasalah meter TNB sekarang boleh dikawal boleh ejas sesuka hati je oleh tnb. sebab kalau ikut wired fiber boleh je kawal semua di satu tempat, nak switch off nak switch on. sebab meter laju je sekarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan