apa sebenarnya isyarat PING itu??

sudah hampir seminggu isyarat ping yang dikesan oleh 2 kapal besar dari china dan australia, namun begitu sampai sekarang isyarat itu tidak dapat disahkan oleh kedua dua kapal penemui isyarat ping tersebut. penilai awal kepada isyarat tu telah menjelaskan kepada umum bahawa isyarat yang dikesan adalah bukan isyarat dan bunyi dari kotak hitam, tapi bagaimana tony abbot begitu yakin yang itu isyarat dari kotak hitam dari pesawat. pusat analisis akuatik sudah mengesahkan bahawa isyarat yang dikesan tidak ada kena mengena dengan pesawat yang malang itu.

dengan segala kebodohan dan kebangangan disumbat ke negara malaysia. malaysia dilihat sebagai negara paling bangang dalam dunia walaupun dari kalangan dunia ketiga. dengan kebodohan pemimpin malaysia yang nampaknya jadi pak turut mengumumkan dan memberikan kenyataan caca marba menyebabkan malaysia terus menanggung kerugian dan juga menjatuhkan imej dan maruah negara. apa saja petunjuk yang diberikan oleh negara lain akan dianggap kenyataan betul dan tak lama selepas itu menampakkan sisi bangang kepimpinan malaysia. mh370 berakhir di selatan lautan hindi. pencarian sudah lama sangat tapi bukti walaupun satu skru tak dapat dijadikan bukti sah dan betul.

isyarat PING sebanyak 6 kali dikesan oleh kapal kapal negara lain, apakah dengan kekurangan teknology didalam negara malaysia akan memudahkan projek membeli peralatan yang lebih canggih. apakah situasi ini memudahkan shoping tanpa perlu tender, pembelian terus akan dijadikan alasan untuk negara seperti biasa. dan yang pasti ada kroni yang akan memperkenalkan teknology yang canggih sampaikan kapalselam tak boleh menyelam dan tidak boleh digunakan untuk operasi menyelamat dan mencari. kecanggihan kapalselam malaysia, enjin kapalterbang yang hilang, pembelian sukhoi yang tidak dihantar terbang mencari unknown flight pada pagi 8 mac 2014. ping yng dikesan tu apa sebenarnya, ia satu diversion dari sekutu us?????

Ulasan