hebat strategies

lahad datu kes berjaya menyejukkan suhu politik seluruh malaysia. rakyat malaysia terpegun terpana dengan kejadian di sabah. seluruh negara terkejut demam tak kebah kebah. inilah saat yang paling dinantikan oleh kerajaan umno. apa yang terjadi begitu hebat. kerajaan umno seolah olah membiarkan perkara ini terus berlaku. pelbagai drama boleh ditontonkan kepada seluruh rakyat malaysia.

hujah hujah dari segenap pelusuk negara menyusup masuk ke dalam akal minda fikiran rakyat malaysia.pelbagai info maklumat yang kadangkala terasa lucu dan memualkan. gegak gempita rakyat malaysia mengolah segala maklumat dan data yang ada. malaysia yang aman tiba tiba dikejutkan dengan peristiwa hebat ini.

perang saraf bermula, segala tuduhan pautan cuba di alihkan segera kepada mana mana orang yang boleh. apa yang sebenarnya yang terjadi dilahad datu. semua bermain di minda rakyat malaysia sekarang. pro and con bermula. pelbagai andaian dibiarkan meronta ronta di dalam keresahan jiwa rakyat malaysia. inilah saat yang paling baik paling jitu untuk merombak apa yang ada. kesan yang ada akan berkesan disebalik peristiwa ini.

yang dikatakan mempunyai hubungan dengan orang dalam rupanya hanyalah penipu. hanya soal politik yang dilemparkan. rupanya selama ini menjadi talibarut kepada orang tertentu. soal soal keselamatan negara hanya dipermainkan. hanya permainan politik. yang bodoh akan terus ditipu oleh permainan ini. lihat disebalik bukan apa yang terjadi.

apa yang tak pernah difikirkan oleh pembangkang sebenarnya difikirkan oleh pemerintah. apa yang tak pernah tergambar pernah dilakukan oleh pemerintah. lihat dunia dari kotak pemikiran orang cerdik bukan sebodoh barua yang ada.

Ulasan