ulasan pendapat mediaperak

Written By FZT on 27 Januari, 2013 | 11:06 PG

tikus ramai datang membaiki labu
aku membaca tulisan di mediaperak, media yang telus dan bebas di malaysia dan mungkin media pertama didunia yang begitu telus tanpa berat sebelah.  menyokong kebebasan media dan memberi ruang seluasnya kepada sesiapa saja dalam malaysia untuk menulis lebih lebih lagi untuk mengutuk dan mencaci pembangkang terutama PAS dan juga barisan nasional.

aku tertarik dengan tulisan pembaca mediaperak, pas kedah berpotensi untuk menurut jejak langkah pas terengganu. mula mula perenggan pertama aku baca boleh diterima akal aku, tapi lama lama baca dan semakin jauh pergi ke bawah lebih tidak kepada pencacai yang memberikan input bangang sewaktu pemerintahan PAS di terengganu.

sewaktu kemenangan PAS diTerengganu, pejabat MB pejabat Exco penuh dengan manusia yang datang dari pelbagai negeri di malaysia. setiap hari tidak kurang dari 100 manusia yang datang dengan pelbagai idea kononnya ianya membantu pentadbiran kerajaan pas terengganu. idea karut dan bangang banyak diberikan oleh manusia manusia ini yang hanya datang menumpang untuk mencari makan kedarah atau lebih tepat untuk mengisi tembolok selepas lapor di negeri umno.

dalam keadaan pentadbiran yang masih baru dan mentah, para pemimpin pas bertungkus lumus untuk menghadapi pelbagai masalah yang ada dalam negeri dan luar negeri. masalah dalam negeri berhadapan dengan pegawai negeri yang mana berstatus penyokong dan ahli umno yang tegar. banyak projek kerajaan negeri waktu itu disabatoj oleh pegawai kerajaan negeri. dan ini dilihat sebagai kegagalan kerajaan negeri waktu itu dalam memerintah. dan termasuk menghalau budak budak tadika yang selalu dicanang oleh adukatakguna@salon.

bagi aku apa yang terjadi diterengganu mungkin tidak akan terjadi dikedah kerana ustaz azizan dapat mengawal dengan baik kehadiran manusia manusia bangang yang memberikan input dan datang untuk mencari untuk perut mereka. ayat yang selalu lunak diberikan kepada kerajaan pas adalah kami datang untuk membantu kerajaan pas. idea kami ni canggih gila.

aku cuma nak tanya satu benda je kepada puak puak bangang ni, dimana mereka waktu pas terengganu belum menang dan dimana mereka selepas pas terengganu kalah, sebab tidak mendapat hajat dihati mereka akan menulis apa saja yang baik mengenai diri mereka. mereka tidak akan datang jika pas tidak memerintah terengganu. mengapa mereka tidak memberikan idea ini sebelum pas menang diterengganu. tepuk poket tanya perut mesti perut akan menjawab. aku hanya mencari makan kedarah.

0 comments:

Catat Ulasan