artikel berasap - muktamar

sejarah muktamar PAS, dulu datang naik bus mandi di masjid, tidur pun dimasjid. semua bertumpu dimasjid, betapa daifnya PAS waktu itu, tak ada yang berani dan suka sangat dengan PAS, parti bulan bintang.  PAS terus berkembang, ahli semakin ramai, dulu ahli patuh dan tunduk, sekarang ahli tembak dan dongak.

perbahasan perwakilan makin berbisa, bukan semudah itu parti lain nak membenarkan ahli ahlinya mengkritik pemimpin terbuka sebagaimana pas, ahli dap perak yang menulis tentang ahli dap pun kena saman, tu belum masuk bab lain.

ahli parti dah sampai ke sabah sarawak, hebatnya pas, bukan ahli pun datang bertamu, musuh pas pun makin ramai, dulu hanya orang umno sekarang pelbagai jenis musuh, ada musuh yang duk dalam rumah PAS sendiri,

kritikan kepada harakah, presiden pas mengambil keputusan mempertahankan harakah, harakah sekarang bukan kekah musuh tapi kekah pemimpin yang tidak disukai oleh mereka, banyak menggunakan sumber blog yang memusuhi PAS, media harakah dah jadi macam dajjal. makan gaji tapi kekah tangan tuan.

semalam aku dengar puak puak penentang ulama (UG) bercerita kehebatan diri masing masing, kalau tak kerana kerana kritikan mereka, dah lama pas mampus, wah hebat, ada yang bercerita kenal pasukan polis dari atas angin hingga ke bawah angin. hebat betul puak puak bangang ni kalau pasal sembang. kalah obama masa berkempen.

puak puak penentang UG (ulama goverment) nampaknya bersungguh menghina orang menghafal kitab alquran, dia sendiri baca fatihah pun senget ada hati nak berhujah pakai ayat ayat alquran. apa punya gila geng geng bangang ni duk kritik orang hafal kitab.  duk sanjung le berapa berapa ekoq pemimpin yang bersama mereka. ada yang hebat ambik kesempatan jual barang masa muktamar pas aku ingat kaya sangat rupanya menumpang PAS gak cari makan. kasihan sedih, meluat

Ulasan