patutlah banyak rahsia pas ke alam maya

aku dulu heran jugak kenapa banyak rahsia pas masuk ke alam maya. tapi lama kelamaan kehairanan aku makin berkurang. rahsia pas bocor macam ayaq paip je. tak ada memberi apa apa kesan kepada pemimpin pas. penulis blog bangang pun boleh tahu apa yang pemimpin pas mesyuarat. pemimpin tertinggi pas bermesyuarat hal apa apa pun mesti rahsia tu akan menerjah ke alam maya dengan cepat. secepat kilat. selepas habis berdoa rahsia mesyuarat akan berkumandang dalam alam maya. tak kira rahsia apa benda pun semua akan masuk ke alam maya. siapakah yang membocorkan rahsia mesyuarat, apakah pas mempunyai pemimpin yang tidak amanah atau sengaja mendedahkan rahsia jemaah. tetapi pendedahan akan berlaku bila pemimpin tidak selari dengan pemikiran penulis blog. jika masih selari dengan penulis blog rahsia akan disimpan untuk digunakan satu hari nanti. pendedahan biasa berlaku berat sebelah dan lebih kepada menipu.

bila aku tengok keadaan pemimpin pas yang selalu bersangka baik, selalu menerima siapa saja kawan mereka. asal yang pro pas aje akan dapat mengetahui apa saja pas akan buat. sb yang menyamar boleh menjadi bilal dalam masjid pas. kebanyakan kawan pemimpin pas yang selalunya akan mendapat rahsia dengan mudah dari pemimpin pas. yang mana keras akan dipulaukan. yang terlalu lembut akan mudah memberikan maklumat dengan sengaja atau tak sengaja. dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi pun masih boleh bersms dengan penulis blog. kalau aku kata pemimpin pas ni bangang ramai yang akan marah kepada aku. bagaimana pemimpin pas boleh berkawan dengan orang orang yang selalu mendedahkan rahsia pas, apakah pemimpin pas terlalu bodoh untuk menilai siapa kawan mereka. walaupun termakan budi kerana pinjam pitis ke tak akan rahsia jemaah dikongsi bersama. apakah islam membenarkan kita kongsi rahsia jemaah dengan orang tak sepatut dikongsi.

sejarah lama menyebabkan pemimpin pas terpaksa akur memberikan rahsia jemaah kepada kawan kawan lama. pemimpin pas yang rata rata miskin papa kedana kerana perjuangan. terpaksa mengharapkan orang dikiri kanan yang ada duit sedikit sebanyak. oleh kerana budi ini akan dibawa kemati. bermakna pemimpin pas akan terus memberikan input kepada member lama. dulu pemimpin pas berceramah naik motosikal honda cawan je. ada duit ke tak ada duit ceramah tetap diadakan. tak akan kerana termakan budi pun rahsia jemaah boleh dikongsi. dimana amanah yang diberikan. semua maklumat dalaman pas boleh diketahui oleh penulis blog. kadangkala sengaja memberikan maklumat salah untuk mengelakkan pemimpin pas yang tidak amanah dikesan. kononnya maklumat salah tapi disengajakan salah tidak nampak bahawa pemimpin pas itu yang memberi maklumat dalaman. kepada mat sabu mahdfuz jadi lah rasa termakan budi. tengok tengok sikit siapa dikiri kanan anda.

Ulasan