DAP beban kepada pakatan rakyat

kenyataan bodoh dan bangang tony pua untuk mengurangkan kakitangan awam menimbulkan perasaan tidak senang dan sokongan yg ada mungkin akan menurun. apakah DAP tidak sedar kenyataan bangang mereka akan memusnahkan sokongan yg ada. kalau mahu menikam sesama sendiri pun buat lah kenyataan lain yg boleh menguntungkan pakatan rakyat bukannya mencari isu yg boleh memampuskan sokongan terhadap pakatan rakyat. sokongan kakitangan kepada pakatan rakyat adalah penting. umno berhempas pulas untuk mendapatkan sokongan dari kakitangan awam dan dap memberikan batang leher untuk di sembelih semperna raya korban.

dap sepatutnya lebih bijak mengeluarkan pendapat. dan dap sepatutnya menjadi lebih bijak kerana ramai blogger tersohor berada dalam dap dan blogger memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada dap kerana bijaknya pemimpin dap  mengeluarkan kenyataan. penjawat awam sepatutnya tidak disentuh dengan semudah itu. dan kenyataan mahu mengurangkan kakitangan yg tidak effisien mengikut jejak langkah kerajaan cina mengundang padah kepada pakatan rakyat. bagi blogger yg menyanjung kepimpinan dap menyambut baik kenyataan bangang ini. sokongan kakitangan awam kepada kerajaan yg mahu memimpin negara diperlukan. tidak dinafikan bahawa ada pekerja awam ini yg total menyokong umno. sampai pencen tetap sokong umno walaupun berkhidmat secara sambilan sampai pencen.

sebahagian besar kakitangan awam menyokong pakatan rakyat semenjak dari zaman reformasi lagi. zaman penjawat awam mengphotostatkan tulisan internet utk disebarkan dikampung dan bandar. dap jangan lupa apa yg pernah disumbang oleh penjawat awam. walaupun masih gagal menjatuhkan kerajaan umno. itu tapak yg subur kepada pembangkang diawal pencetus reformasi. tapak awal dimana umno mula goyah dengan kebangkitan rakyat walaupun perlahan. penjawat awam yg menyebarkan tulisan tulisan internet kepada umum sebelum ledakan internet berlaku. dap jangan lupa sejarah lampau. jangan kerana berasa diri hebat kerana dapat menawan jentera umno.

sokongan penjawat awam kepada pakatan rakyat begitu tinggi. jangan persiakan sokongan mereka. walaupun ada yg tak berani menzahirkan sokongan tapi sokongan tetap ada. sokongan senyap kepada pakatan rakyat. jika ada seorang bekerja dengan kerajaan mereka ada keluarga. jika mereka merasa terancam dengan kenyataan bangang tony pua pasti sokongan akan beralih. dap sepatutnya lebih berhati hati mengeluarkan kenyataan. rakyat malaysia masih lagi belum terbuka sepenuhnya menerima dap. itu yg dap perlu faham dan penyokong dap perlu tahu. walaupun melayu ada yg menubuhkan cawangan dap tak bermakna sokongan kepada dap akan dapat sokongan sebilangan besar rakyat melayu malaysia. dap jangan jadi beban kepada pakatan rakyat.

Ulasan