barisan nasional mula jadi santa claus disarawak

sarawak mula dipenuhi dengan santa santa yang datang dari semenanjung. janji manis qorun mula bergema dan disambut oleh penganalisa politik yang berpengalaman dan lagi mahir. mahir dengan ampu. mereka cukup gerun dengan kebangkitan rakyat sebenarnya. selagi boleh melengah lengah bermakna mereka masih boleh lagi bertahan. membawa kandaran dajjal dan mula berarak seluruh bandar kuching. dengan keadaan suasana yang masih mengekalkan unsur unsur lama dalam kehidupan, mereka amat terpengaruh dengan fahaman fahaman lama, sebab tu majidin sebut jembalang dan hantu dah datang untuk menakutkan pengundi sarawak disini. sebut aje hantu dan jembalang bertempiaran lah pengundi sarawak lagi ke kem barisan nasional yang mana akan tiada hantu dan jembalang dan hanyalah yang ada qorun yang sedia memberikan apa saja. kempen kempen penjelasan tentang umno bengong tak menusuk jiwa. kempen kempen pembangunan tak semestinya berjaya digunakan oleh barisan nasional tetapi senjata wang amat ampuh dan berkesan untuk menarik pengundi mengundi barisan nasional pada 16 april ini. inilah yang amat presiden pas katakan dulu yang mana mendapat sanggahan blogger yang bangang dan tak tahu politik sarawak.

iklim politik yang berbeza dan tidak menuntut apa apa penjelasan yang berlaku, pemimpin barisan boleh buat apa saja tanpa perasaan malu kerana jarang yang menuntut penjelasan apabila ia berlaku. apa saja boleh buat. sebab itu teyib memud terus melapah dan mengganas semua menjadi perkara normal, ada yang berbunyi akan disumbat dengan kepala agung terus diam, peratus untuk kondem teyib memud amat sikit dan pasti teyib memud menganggap itu semua bunyian halus. alam semulajadi yang terlampau banyak dan terkandung pelbagai khazanah amat susah untuk pemimpin pembangkang membuktikan penglibatan teyib memut. teyib memud mampu berlindung dibalik batang batang pokok balak besar. sikap rakyat sarawak yang tahu tapi malas nak lawan teyib memud sebab itu teyib memud mampu berkuasa beratus tahun pun. cuma tahun ini mungkin teyib memut merasakan berbeza dari tahun tahun lalu, pendedahan demi pendedahan telah dilakukan dan teyib memut merasakan kurang selamat sikit daripada biasa. yang pasti teyib merasakan sedikit bahang kemuka. dan mungkin teyib memut akan mengalami calar balar atau mengakhiri karier nya dengan maruah yang hampir tercalar atau terus tercalar sepanjang hidup.

Ulasan