tulangbesi and the gang sibuk juga buat ulasan

tulangbesi dengan rela hati memuji kehadiran hassan ali di prk hulu selangor, kalau prk hulu selangor dimenangi oleh pakatan rakyat mungkin tulangbesi sanggup jilat tapak kaki hassan ali. apa ni tulangbesi, hassan ali tak ada pun kat prk hulu selangor, dia datang sekali sekala je, bagi lensa camera blogger nampak dia, hassan ali dah bijak sekarang, dia dah tahu tulangbesi akan menyerang dia dari lombok, jadi dia akan hadir ditempat tempat strategik bagi mengaburi mata tulangbesi. Tulangbesi tak tahu ke hassan ali dah pecat semua penasihatnya kerana mengikut nasihat tulangbesi. khabar angin yang tulangbesi tak benar, inilah kali pertama tulangbesi dapat maklumat yang salah, semua pemimpin peringkat atasan pas tak ada pun kat hulu selangor. semua pakai remote kontrol je, sebab dia belajar dari pasreform, usrah barbican dan juga taskforce13.

mana mungkin hassan ali turun ke hulu selangor, dia kan banyak kes dengan rakyat selangor, dengan penyokong pas shah alam pun hassan ali banyak kes, berita tipu je tulangbesi dapat, hassan ali rilex je tepi masjid dikatakan baca khutbah. stopa ali yang dianggap pro oleh tulangbesi sekadar makan angin je kat hulu selangor, haji hadi dah lari dari semenjak penamaan calon lagi mengail di maldives. informer hang tak bagi tahu ke? agensi fakap beritahu adukatarakguna sajalah. sejak dapat airludah adukatarakguna ni tulangbesi dah menjadi semakin hilang fokus kepada tujuan asalnya. tiba tiba dia nampak hassan ali kat prk hulu selangor. nampak ust nasharudin ada masa perarakan calon je, semua pemimpin pas dah pandai buat gimik, boleh ada dimerata tempat kerana bimbang blogger hentam mereka. maklumlah ketua usrah barbican dah memuji muji umno dan barisan nasional. tepat dan jitu strategi umno gunakan, dengar suara akar umbi.

adukatarakguna pun boleh bagi ulasan apa, duk depan pc dalam cybercafe nampak apa yang terjadi di hulu selangor nun. boleh bagi ulasan bagi ada depan mata beserta sekali dengan kesan kesan infek berkelas dunia. dari dalam cybercafe pun bagi ulasan, tak ke hebat, datang buat tinjuan je, sibuk nak tahu perkembangan kerana nak hentam pas, berjalan jalan dengan gaya ulamak, nakhaie yang hebat pun dibalun oleh ulamak kepala lutut, menangis nakhaie kerana tak dapat menjawab ulasan ulamak kepala lutut, nakhaie tak pernah mendapat lawan yang sebegitu hebat. ulamak kepala lutut dengan pakai kepala lutut je dapat menewaskan mantan YDP YADIM. kalau organisasi ini disusun aku pasti akan menjadi satu parti yang amat hebat sehebat parti LIKUD di palastine. apa yang dirasai oleh petugas petugas prk tak dirasai oleh pasreform kerana mereka berada dalam dunia yang berlainan dari dunia sebenar. alam yang hanya dapat dikuasai oleh minda setaraf minda yahudi, kalau tiada pemikiran sebegini dah lama dah pas bungkuih dari politik tanah air.

Ulasan