semoga tulangbesi cepat sembuh

nampaknya pembaca malaysian waves tak dapat info fitnah hari ini kerana tuan punya laman web deman denggi kot, maklumlah tinggal di lombok. selamat hari ini sehari tanpa berita berita fitnah dari malaysian waves. blog perisik kambing pun tak ada update maklumlah penulis fitnah yang bertamu di blog demam denggi. kita disini mendoakan agar tulangbesi cepat sembuh dan boleh menulis lagi berita berita fitnah kepada pas. tanpa berita fitnah dari malaysian waves semacam tak lengkap berita. datang lah berita dari cnn ke, al jazeera ke mesti tak sehebat maklumat fitnah dari malaysian waves.



sebelum demam baru ni, macam tulangbesi dah berubah sikit, dia ada menyebut mujurlah kerajaang perpaduanng tak jadi kalau tidak mesti pas bersengkokol dengan apco israel, mungkin ayat ayat pahit mulut kerana tanda tanda nak demam le tu, biasanya pesakit demam ni meracau racau sebab kepanasan. kenalah bagi ubat untuk penyejuk badan, air cap badak ke, kalau doktor yang bernama batuapi bagi ubat makin panas le badan tulangbesi. tulangbesi kena minum barbican kot bagi sejuk tubuh sikit, panas rupanya api fitnah ini, membahang sampai ke dalam badan, sebab tulah orang kata fitnah itu tidur dan celakalah orang yang menghidupkan fitnah.



kemana lagi pengikut tulangbesi nak pergi jika ketua dah demam, pengikut pun kenalah makan air penyejuk badan kerana badan dah makin panas membahang, mungkin selepas baik demam nanti ada berita yang makin membara akan dipost ke dalam malaysianwave, pengikut akan bersorak gembira kerana ketua dah sembuh. laman web ini pun mendoakan agar tulangbesi cepat sembuh bagi meneruskan kerja kerja jahat beliau. tak best lawan dengan orang sakit ni. makan ubat cepat cepat tulangbesi cepat baik demam. tak elok rupanya tabur fitnah badan cepat panas dan cepat demam rupanya.

Ulasan