meraikan pendapat tulangbesi

suasana perjalanan ke hulu selangor nampaknya berjalan lancar dari terengganu. sukarelawan yang bersama nampaknya bersemangat sekali bercerita, semoga semangat ini bertambah apabila tiba di hulu selangor, oleh kerana tulangbesi mencemarkan gencatan senjata, kita kena meraikan pendapat tulangbesi yang berada dilombok nun. maklumlah semua yang terjadi di malaysia hatta digua bekah pun tulangbesi masih lagi mempunyai maklumat berautoriti. aku tak ada maklumat berautoriti macam tulangbesi. tempat tidur pun belum tentu ada malam ni, makan apa saja yang ada. bertemankan tea o panas berasap dan biskut jagung kering, itu sudah memadai bagi orang orang yang biasa bersama dengan jemaah pas bila ada prk dimana mana pun. kalau orang tak biasa menyertai jemaah pas mesti terasa asing dengan fenomena ini.

tapi aku nak gelaklah maklumat dengan yang ditulis oleh tulangbesi, penamaan calon belum lagi berlangsung, esok bermacam macam boleh jadi. kertas percalonan pembangkang hendaklah jangan ditolak sepertimana pernah berlaku. berlaku sedikit kesilapan yang kadangkala tidak masuk akal akan ditolak dan barisan nasional akan menang percuma. semoga solat hajat dapat dilakukan malam ini memohon pertunjuk dari allah. semoga allah bersama sama pakatan rakyat, jangalah ada kesilapan dalam mengisi borang percalonan sebagaimana parti mahasiswa negara.

tulangbesi dapat maklumat bahawa kempen sedang rancak berlangsung sekarang, orang gila mana dari pembangkang yang sudah berkempen diwaktu ini, kalaulah tulangbesi boleh tunjukkan siapa orangnya, pihak umno pun tidak berkempen secara nyata, apakah tulangbesi ni mabuk dengan maklumat ke apa, dari mana maklumat yang tulangbesi boleh sampaikan sekarang dah ada pihak pakatan rakyat berkempen. selepas penamaan calon belum tentu kempen akan berlangsung, biasa kempen akan bermula selepas sehari dari pencalonan, mungkin kerana pakatan rakyat berkuasa di selangor sebab itulah kempen bermula lebih awal.

nak berkempen pun kena ada kad tandatangan wakil calon yang disahkan oleh SPR, kalau berkempen tanpa pas yang ditandatangan oleh wakil calon orang yang berkempen boleh ditahan oleh polis waktu ini. atau maklumat yang tulangbesi terima adalah orang yang berkempen dibaganpinang. waktu berkempen akan bermula selepas penamaan calon. setakat ini belum lagi ada orang yang gila berkempen kecuali orang yang memberi maklumat kepada tulangbesi. atau orang itu saja mendajalkan tulangbesi. walaupun calon dah diumumkan masih belum muktamad sebelum pengistiharan dari spr. banyaknya fakta tulangbesi yang silap tapi oleh kerana masa gencatan senjata dan aku masih lagi menghormati sahabat seperjuangan batuapi. aku hentikan kat sini sajalah. salam hulu selangor

Ulasan