apa maknanya tulisan ini?

Walaubagaimanapun, jika PAS merasakan dengan berada dicdalam PR ini merugikan, maka keluar sahajalah dan jangan khianat. Tetapi, apabila di dalam pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam. Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi. Jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar. Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’ khalid samad


Sampai bila harus pemimpin pas sendiri yang terus menerus mengkhianat partinya sendiri, sudah berbulan bulan dari kenyataan khalid samad yang mana terus menerus meraikan parti lain selain parti sendiri. aku tidak pernah melihat ada pemimpin parti DAP atau PKR yang mengkritik partinya sendiri. tiada kenyataan dari pemimpin dap yang mengecam pimpinn mereka, tiada juga dari parti pkr, kecuali dari pemimpin pas sendiri. kenyataan demi kenyataan yang di buat oleh khalid samad seolah olah mencabar kepimpinan pas dan juga jawatankuasa disiplin pas.


apakah sebenar ada dalam hati khalid samad, kenapa setiap kali kenyataan keluar mesti memburukan parti pas, dan adalah blogger yang menyambutnya dan memanjang tulisan kononnya pas perlu ikhlas dan bertindak jujur. kalau khalid samad terlalu jujur dan hampir maksum dalam perjalanan hidupnya, berikan nama nama pemimpin pas yang menjadi gunting dalam lipatan atau menjadi biawak hidup dalam pakatan rakyat. inilah masalahnya pemimpin pas yang terlampau alim dan sering menganggap apa saja berkaitan dengan islam mesti diperkatakan walaupun bukan pakar dalam bidang itu. apabila berpakat dengan sesiapa pas akan terus dikambing hitamkan kerana seringkali dicurigai oleh pemimpin parti lain.


pemimpin parti lain dalam pakatan rakyat tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan terhadap pemimpin pas dan yang paling banyak mengutuk parti sendiri adalah khalid samad. apakah khalid samad mempunyai agenda tersendiri dalam usaha meruntuhkan pas dari dalam. khalid samad pun tidak pernah bersetuju dengan badan disiplin pas dan tidak pernah menutup mulut murainya kerana dendam kepada badan disiplin pas. Jika khalid samad boleh menyuruh kepada orang yang tidak bersetuju dengan pas keluar dari pas, khalid samad juga patut berbuat demikian kerana, diam dah keluar pas dari terus bermulut murai. khalid samad perlu jelaskan identitinya jangan jadi seperti musang berjanggut, ingatkan tok lebai tapi hanya musang yang pandai memakan makanan dalam reban sehingga togel.

semakin hari semakin banyak onar yang ditimbulkan oleh khalid samad, selepas menjawat jawatan mp shah alam khalid samad menjadi semakin jauh dari pas, bila dikatakan menjunjung parti lain, dia akan marah, jadi siapakah khalid samad, kalau khalid samad join parti pkr mungkin lebih senang pihak pas menghadapinya, atau khalid samad sengaja mahu mendamagekan imej pas kerana tidak bertindak ke atas beliau walaupun pelbagai onar yang dibuat olehnya. setiap kali ada prk pasti ada kenyataan khalid samad yang dihalakan kepada pemimpin pas. apakah khalid samad benar benar bersalah dan keputusan jawatankuasa disiplin memang tepat rupanya. rupanya hukuman kepada khalid samad adalah terlampau ringan dan semakin hari khalid samad dah menampakkan siapa dirinya yang sebenar.

Ulasan

  1. mulut khalid bukan mulut murai

    tapi mulut longkang!!

    BalasPadam

Catat Ulasan